Connect with us

Artis / Selebriti

” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry

Video Datuk Yusry Abdul Halim mendedahkan satu kelemahan dirinya yang ramai orang tidak tahu curi perhatian warganet. Serius lah Yusry, memang tak sangka sangat. Ramai yang tak perasan.. 

Nama Datuk Yusry Abdul Halim kembali menjadi sebutan apabila drama yang dibintanginya iaitu Dendam Seorang Mentua mendapat sambutan hangat daripada pencinta drama Melayu. Sekian lama tidak melihat lakonan Datuk Yusry, drama ini menjadi pengubat rindu peminat yang mahu melihat lakonan Datuk Yusry.

Diam tak diam, sudah lebih 35 tahun Datuk Yusry berkecimpung dalam industri seni tanah air. Banyak cubaan dan dugaan yang telah ditempuhinya dan ada kelemahan yang Datuk Yusry hadapi. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Official Hlive dan Tiktok Hlive Official, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama Datuk Yusry.

Satu rahsia telah pun didedahkan oleh Datuk Yusry mengenai dirinya secara terbuka menerusi temubual ini. Kata Datuk Yusry, mungkin ada di kalangan peminat yang menyedari kelemahannya itu. Datuk Yusry juga menjelaskan mengapa terjadinya simptom tersebut terhadap dirinya.

Selain itu, Datuk Yusry mengakui dirinya agak blur dan kadang kala, dia tersasul perkara yang sepatutnya tidak diberitahu kepada umum. Memetik komen warganet, ada yang menyedari situasi tersebut dan kerana itu lah, Norman yang selalu bercakap bagi pihak KRU.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )

@officialhlive

Disebabkan drama Dendam Seorang Mentua tengah hit, kalini HLive soal Datuk Muzaffar bukan Datuk Yusry! Kami tanya beberapa soalan panas tentang relationship yang selalu jadi perdebatan di media sosial. Selepas itu, korang komen lepas dengar jawapan Datuk Muzaffar ni, korang rasa dia green flag ke tidak?

♬ original sound – Official HLive – Official HLive

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Ya.. Sbb tu ms dlm kru dlu sllu banglom yg akan berckp bg pihak diorg. Tp lps dh kawen ngn datin Lisa ni look like more confident, more matured, n dato muzaffar tu nmpk mcm watak yusri sbnr tu yg nmpk real kan.. “

” Patutla dlm melodi semalam mcm tu .. Ye sy ade perasan tu…tapi takpe its ok je dato.. Relax dato. Yg penting maintain hesmes.. “

” Dah lama perasan, yang penting Datin Lisa sayang dato. Gagap pun tak apa janji Yusry.. hehe.. “

” Normal la sbg manusia .. kdg bukan gagap je .. badan auto menggigil pun ada.. itu normal.. “

” Oh yeke.. patut lah tak berapa clear apa yusry cakap aritu.. yusry sendiri pecahkan rahsia dia. tp peminat ok je sbb yusry pujaan hati ramai hehe.. “

” Its ok je sebenarnya, biasalah bila kita terlebih excited, memang ada je yang auto jadi gagap. dato gagap pun ramai yang sayang tahu. Yusry tu bukan kaleng-kaleng orang.. “

” La saya pun sama macam tu jugak. hehe tp bezanya saya tak handsome macam dato lah. gagap pun xapa, takde manusia yang sempurna ye tak.. “

Satu kelemahan diri yang Datuk Yusry akui sendiri mengakuinya namun itu bukan lah masalah besar kerana tiada manusia yang sempurna. Selagi Datuk Yusry boleh mengawal keadaan, itu boleh diatasi sedikit demi sedikit. Apa-apa pun, Datuk Yusry tetap lelaki pujaan Malaya di hati peminat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hlive Official , Tiktok Hlive

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak