Artis / Selebriti
” Sarah, tengok anak awak ni, bersinar sangat dia. Sedih sangat rasa, macam Sarah yang menyanyi.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Thalita di DC Skin Appreciation Night 2026 buat warganet tersentuh. Part Thalita tarik suara tu sebijik macam Siti Sarah. Touching sangat..
Sejak hari pertama Thalita bertekad untuk menjadi penyanyi seperti arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin, impian satu-satunya anak perempuan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah ini mendapat sokongan daripada semua ahli keluarganya. Walaupun banyak yang memberikan komen negatif pada waktu ini, hari demi hari, Thalita membuktikan sememangnya dia boleh menyanyi dengan baik.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Bogsagoxzjb, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan terbaru Thalita di majlis DC Skin Apreciation Night 2026. Thalita menerima jemputan daripada pengasas DC Skin iaitu Dr Cute untuk menghiburkan para tetamu pada malam itu.
Thalita tidak hanya menunjukkan kemajuan dalam kawalan suara dan vokalnya, malah cara Thalita berinteraksi bersama penonton juga semakin baik. Thalita pandai mengawal keadaan dan celotehnya menceriakan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Ketika majlis tersebut, Thalita menyanyikan beberapa buah lagu dan salah satunya adalah lagu hits ibunya. Ada yang mengatakan cara Thalita menarik suara sama seperti Siti Sarah dan ini semakin mengingatkan peminat terhadap arwah. Thalita mewarisi suara ibunya.
Jom tonton video di bawah :
@bogsagoxzjb
@bogsagoxzjb
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sarah….tgk ank awk nie….bsinar sgt dia.. walau 1000x pun tgk thalita…pasti rasa sebak sgt2..ibarat tgk thalita ,tp bayangan arwah siti sarah..al fatihah.. “
” Takbole la hmmm teringat ibu dia.. sedih sgt rasa mcn arwah Siti Sarah yg menyanyi. al Fatihah tuk arwah siti sarah … mmng x leh nk lupa gn arwah baik org nya mmng sdih sgt.. almak ngis plk.. “
” Tidak pudar Siti Sarah sebab ada pengganti nya.. mana yg kecam dia dulu..tahniah thalita awk mmg berbakat.mewarisi dr arwah ibu nya.. “
” Pelapis ibu hilang rindu kami pada lagu2 arwah sebab dek ta penyambung bakat arwah ibu. tah la… aku klu tgk dia nyanyi lagu ibu dia.. aku nanges tau… jgn buat anty gini laa talita.. “
” Persona dekta ni lain sgt.. Meremang2.. Sungguh acik bgga dengan dekta.. I miss ur mom. lunak suara dekta same like ibu..sumpah rindu sangat. teruskan minat dan cita2 awak sayang ..jadikan kata2 negatif tu sebagai pembakar semangat utk awak terus berjaya ..you go girl.. “
” Knpa rasa sedih ni tiba2 rindu sarahhh. talita dh bsr sebijik mak dia.. dia tarik tu bulu roma aku naik weyh.. “
” Dh naik remaja dh thalita..makin cantik makin merdu suara awk sebijik MCM arwah ibu awk thalita..tahniah kepada ibu awk Watie Hanifah mnjga dan mendidik anak2 sambung awk.. “
Thalita seakan-akan bayangan arwah Siti Sarah yang akan sentiasa menjadi pengubat kerinduan peminat. Aura Thalita sama seperti ibunya itu. Thalita pasti akan menjadi penyanyi sehebat ibu dan teruskan perjuangan Thalita untuk menjadi bintang yang bersinar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok bogsagoxzjb
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

