Artis / Selebriti
” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
Video Shuib Sepahtu dan Thalita menyanyi lagu Semakin Benci Semakin Cinta buat ramai tersentuh. Lagu duet terakhir Shuib bersama Arwah Siti Sarah. Suara Thalita sebijik sama macam arwah ibunya, lagi-lagi part ‘sayang’ tu. Sebak dengar..
Tarikh 9 Ogos 2021 pastinya akan sentiasa menjadi tarikh bersejarah yang membawa duka dalam hidup Shuib Sepahtu dan anak-anaknya. Ianya hari insan yang mereka sayangi, arwah Siti Sarah pergi menemui PenciptaNya setelah berjuang melawan jangkitan C0vid 19.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Zzana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Shuib bersama anak perempuannya, Thalita. Mereka sememangnya aktif di mmedia sosial dan sering membuat live bersama-sama di platform Tiktok. Setiap kali live, pasti ada sahaja lagu yang dinyanyikan oleh Shuib dan Thalita.
Menerusi video perkongsian ini, Thalita dan Shuib mendendangkan lagu duet terakhir yang dirakamkan oleh Siti Sarah dan Shuib berjudul Semakin Benci Semakin Cinta. Lagu ini meninggalkan banyak memori untuk Shuib dan buah tangan terakhir Siti Sarah.

Lontaran suara Thalita dan suaranya yang gemersik saling tak tumpah seperti suara Siti Sarah. Semakin hari, Thalita semakin banyak kemajuan dalam nyanyiannya dan tone suaranya lunak dan merdu persis ibunya. Suara Thalita menjadi pengubat rindu suara Siti Sarah.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Shuib nyanyi mesti terbayang wajah arwah Sarah. sedihnya lagu ni rindu arwah Sarah sangat sangat.. “
” Dekta suara sedap btol teringat arwah ibu nya.. Sebakknya, terus teringat dkt arwah Siti Sarah.. Alfatihah buat arwah.. “
” Nak nangis… sumpah rindu arwah Sarah. Thank you very much Thalita teruskan perjuangan ibu awak.. “
” Ya Allah sedapnya… dekta sedapnya suara sama habis cam suara ibu nya rindu siti sarah… Al fatihah buat siti sarah.. Rindu siti Sarah. kena lagu ni dgn situasi yg dia tggal… al-Fatihah.. “
” Memang merdu suara Talita… suara Shuib pun sedap.. Part ‘sayang’ tu, menusuk nya ke hati. mcam sarah sangat.. adoi aku pulak keluar air mata.. “
” Pasti Shuib teringat Arwah.. sebaknya dengar suara Dekta ni. memang persis sarah sangat.. Dekta dah pandai kawal suara.. “
” Sebaknya, sama sangat dengan suara ibunya.. kita dengar pun dah mengalir air mata, macamana lah perasaan Shuib kan.. sarah, kami rindu.. “

Kerinduan warganet terhadap Siti Sarah sedikit sebanyak terubat mendengar suara Thalita menyanyi. Thalita merupakan penyambung legasi ibunya yang sudah pergi meninggalkan semua. Semoga arwah Siti Sarah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beramal soleh.
Tonton video di bawah :
@ariffah01 lagu penutup mlm nie…
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok zzana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

