Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia meluah, lama dia pendam tu. Anak broken family je faham.. ” – Komen Netizen

Video luahan hati Azeva mengenai apa yang dilaluinya ketika zaman persekolahan dulu tanpa Ameng Spring dan Datuk A. Aida buat ramai tersentuh. Sedihnya dengar cerita Azeva, tercari-cari wajah Papa dan Mama tapi akhirnya hampa.. 

Bukan mudah membesar dalam broken family. Pastinya akan ada rasa tersisih dan kurang kasih sayang daripada kedua ibu bapa kerana perpisahan yang terjadi. Itu lah yang dilalui oleh bintang baru, Azeva iaitu anak Ameng Spring dan Datuk A. Aida.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Rara, telah dikongsikan sedutan live Azeva yang bercerita mengenai zaman kanak-kanaknya. Kata Azeva, mamanya jarang mengambil gambar Azeva ketika kecil kerana sibuk dengan penggambaran drama.

Azeva turut meluahkan perasaannya yang kecewa apabila Papa dan Mama tidak hadir ke sebarang majlis sekolah. Azeva selalu menghubungi Ameng dan memberitahu mengenai aktiviti sekolah dan Ameng pasti berjanji untuk datang memberikan sokongan.

Namun sayangnya, kedua-duanya mungkin sibuk dengan kerja hakiki mereka yang membuatkan tidak dapat hadir ke sekolah. Setiap kali Azeva mencari-cari wajah kedua ibu bapanya, hatinya hampa dan akhirnya, Azeva tidak lagi mencari mereka di kalangan ibu bapa.

Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Dia meluah, lama dia pendam tu. this is trauma childhood but treated trauma. sebab itu azeva cemerlang di waktu sekarang.. “

” Bila dgr luahan azeva ni…dia ni kalau tauk tgh laut..mesti jd pulau…sbb even sekolah rendah with broken fmily..she still dpt no.1 dan jd budak bijak…she is pearl in the tiram.. “

” Sedih dengar,… sebab itulah awak jadi kuat utk hadapi cabaran hidup. bnd nmpk storytelling kn..tp yahh dat is the truth..broken family je faham.. “

” Takpa…. cuma mungkin iktibar pada parent kat luar Sana.. kadang 2 kita rasa benda2 mcm ni x penting.luahan tu bugus.. buat per ingat an. azeva budak baik insyallah.. “

” Kesian plak skali fikir kan..sabor jelah Azeva.. simpati dgn aziva..tp inilah dunia… dunia MMG tempat utk diuji…lain org lain ujian…yg penting aziva dh ok kan skrg ni dgn papa…moga terus bahagia bersama mama papa ye.. “

” Pasti parent akn tetap rs menyesal n nk waktu tu di putar kembali…tp xmungkin trjadi..kene redha lahhhhh.. “

” Sedih dgr cerita Azeva..wlu pn dia buat2 lawak. Kesian dekat Azeva, banyak yang dia pendam. kesedihan waktu kanak-kanak, dalam hati dia je yang tahu apa dia rasa.. “

Luahan hati segala yang terpendam dalam hati Azeva yang meninggalkan kelukaan dalam hatinya. Namun itu lah yang membuatkan Azeva berjaya dan cemerlang dalam pelajaran. Pastinya Ameng dan Datuk A. Aida sedang menebus segala kesilapan mereka itu untuk Azeva.

Tonton video di bawah :

@rara_ziq3

#Azeva #foryourpage #bigstage #fyp

♬ Meltwater Stillness – NAKAMURA Hiroyuki

Silakan SHARE..

Sumber :Tiktok rara_ziq3

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Castor Oil

Trending

Copyright © Berita Kopak