Connect with us

Artis / Selebriti

” Sejiwa versi perempuan mantap, meremang weh. Best sampai lupa kejap lagu asal ni macam mana.. ” – Komen Netizen

Video teaser lagu Ameng Spring, Sejiwa yang direkodkan semula oleh anaknya, Azeva raih pujian ramai. Fuh meremang dengar. Best betul suara Azeva menyanyi lagi ni. Susunan muzik baru pun gempak sangat..

Selepas berakhirnya perjuangan Azeva di pentas Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) baru-baru ini, perjalanan seninya telah pun disusun rapi oleh pengurus merangkap mamanya, Datuk A. Aida. Tidak hanya bidang nyanyian, bidang lakonan dan pengacaraan juga diatur oleh Datuk A. Aida.

Datuk A. Aida pernah memberitahu dalam satu temubual sebelum ini bahawa Azeva bakal keluar dengan lagu Sejiwa dalam versi baru. Lagu berhantu Ameng Spring ini pernah dinyanyikan oleh Azeva di pentas TTMM2 dan Ameng turut sama bersama Azeva di atas pentas.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram A. Aida Productions, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan teaser nyanyian Azeva untuk single barunya itu. Turut sama ada dalam video ini adalah penggubah lagu dan penerbit rakaman terkenal, Eddie Hamid.

Suara Azeva itu mendapat pujian daripada warganet. Lontaran suara dan lenggok suara Azeva sedap didengar dan memberikan kelainan pada lagu ini. Sejiwa versi Azeva lebih mendayu-dayu berbanding Ameng, namun kedua-duanya ada tarikannya tersendiri.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Sedapnya Azeva nyanyi lagu papa Meng.. cnggini pun kita naik bulu roma dengar.. Meletoppppppssss.. “

” Hope ade lagi lagu-lagu lain Abg Eddie menyusul lepas ni..terbaekkk azeva.. Eddie Hamid dan Azeva letopan lah.. nafas baru yang sedap didengar.. “

” Wah lagu fav kita ni ok tak sabar nk dengar versi azeva pulak.. Kalau eddie Hamid pencipta lagu Azeva mesti mantap lagu akan keluar.. “

” Apa yg bestnua azeva ni selain dia cantik,lawak,berbudi bahasa adalah pakaian dia.betul² sopan ye.bagus mama dia didik.alhamdulillah.semoga kekalkan imej mcmni.. “

” Sedap ddoh weh.. bermain dekat fikiran ya lagu ni. tak sabar nak tunggu versi full azeva.. teaser pun dh best.. “

” Best sedap suara azeva ni .. sejiwa versi perempuan mantap.. meremang weh.. best sampai lupa kejap lagu asal ni macam mana.. “

” Fuh gempak ni Sejiwa versi anak papa meng. syok dengar lantunan suara Azeva tu sampai terlupa ni lagu Papa Meng. Go girl, fly high.. “

Ramai yang tidak sabar ingin mendengar Sejiwa versi Azeva ini. Susunan muzik yang baru dan pastinya akan melonjakkan lagi nama Azeva dalam industri sebagai penyanyi pelapis. Semoga karier seni Azeva berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG A.Aida Productions

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Garnier

Trending

Copyright © Berita Kopak