Connect with us

Artis / Selebriti

” 5 tahun, rasanya masih utuh dan sama.. ” – Shuib Sepahtu

Video Shuib Sepahtu membawa Watie Hanifiah dan Akira Juwita menziarahi pusara Siti Sarah buat ramai tersentuh hati. Ikhlasnya Watie, sebak baca ayat-ayat Shuib..

Tanggal 9 Ogos tarikh keramat yang akan sentiasa dalam ingatan pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu. Itu adalah tarikh arwah Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan Shuib dan anak-anak untuk selama-lamanya. Pemergian Siti Sarah meninggalkan kesan dan kesedihan yang cukup mendalam dalam hidup Shuib sehingga lah hadirnya Watie Hanifiah.

Hadirnya Watie bukan sebagai pengganti Sarah tetapi melengkapkan hari anak-anak Shuib dengan kasih sayang seorang ibu. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib membawa Watie dan Akira Juwita Zahra menziarahi pusara Siti Sarah.

Nukilan rasa yang Shuib coretkan di ruangan kapsyennya cukup pilu dan menyentuh hati warganet yang membacanya. 5 tahun sudah berlalu tetapi seperti baru semalam Siti Sarah pergi menemui Pencipta-Nya. Memetik komen warganet, ramai yang memuji keikhlasan Watie menerima Shuib dan anak-anak seadanya.

Menikahi Watie adalah perkara yang paling tepat Shuib lakukan sekali pun banyak yang mengecamnya pada waktu itu. Allah menyusunkan kisah hidup yang cukup indah untuk Shuib, Siti Sarah dan Watie. Segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi dan akhirnya membawa bahagia kepada semua.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Baiknyaa dan ikhlas watie .. bidadari syurga.. Allah pasti akan membalas seribu kebahagiaan untuk Watie.. “

” Menangis lagi kita.. Alfatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.. rindu yang terucap dengan kata-kata.. “

” Watie tiada apa yg dpt akak ungkapkan… wati bidadari syurga… Tahniah Tn shuibsepahtu semoga kekal bahagia selamanya dunia akhirat.. Alfatihah utk Sarah.. “

” Comel je Akira doakan ibu Sarah.. Al fatihah untuk arwah Siti Sarah.. berbahagialah keluarga indah ini.. “

” Berkerut dahi baby Kira .. Alfatihah utk arwah.. yang sentiasa dirindui.. tengok Thalita persis Sarah.. bertambah tambah sedih.. “

” Al fatihah Almarhumah Siti Sarah. Alhamdulillah terima kasih Mommy iamwatie krn menjaga keluarga ini dgn sgt baik dan menmbahkan kebahagiaan dgn kehadiran Akira. Moga keluarga ini disatukan bersama Almarhumah di Syurga kelak. Aamiin.. “

” Untung shuib dan anak2 dapat momy selepas ibu pergi. Jangan kacau keluarga ini ye.. Dulu talita nk sngt adik girl Kan mase IBU gtau ayash dulu Tu boy …ingt lagi talita nangis….xsangka mummy yg bg adik girl tuk talita. moga IBU berada dikalangan org2 yg beriman….al fatihah dibaca.. “

Kerinduan Shuib terhadap Siti Sarah yang tiada penghujungnya. Beruntung Shuib kerana dikurniakan Watie yang tulus menyayanginya dan anak-anak. Semoga keluarga Shuib dan Watie ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu selamanya.

Jom tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Psyllium Husk

Trending

Copyright © Berita Kopak