Connect with us

Artis / Selebriti

” Sekali kita yang tengok pun terkejut. Melompat dengar jeritan berhantu sis Sheila.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Sheila Rusly kejut menantunya, Beatrice bangun tidur buat ramai terhibur. Fuh, sekali Sheila jerit nama Trice, bergegar satu rumah. Terus bingkas Trice bangun. Masa kat dapur pun Trice kena jerit jugak. Serius lawak, haha..

Sheila Rusly dikenali dengan karakter yang garang dan tegas orangnya. Namun demikian, apabila bersama anak-anak dan menantu-menantu, Sheila seorang yang penyayang dan selalu memanjakan orang-orang kesayangannya itu. Sheila juga aktif di media sosial dan sering rekod video bersama menantu-menantunya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sheila Rusly, telah dikongsikan satu video terbaru Sheila bersama menantu keduanya, Beatrice Chitra. Seperti kebanyakan content sebelum ini, Sheila dan Beatrice mempromosikan produk masakan dengan lakonan yang mencuit hati.

Pada permulaan video ini, Sheila mengusap Beatrice yang sedang tidur kerana kepenatan bekerja di restoran sepanjang hari. Awalnya tutur kata Sheila lemah lembut sahaja, namun tidak lama selepas itu, Sheila mula berubah karakter menjadi ibu mentua yang garang.

Suara Sheila menjerit menyuruh Beatrice bangun membuatkan warganet turut sama terkejut. Sambungan babak masakan Sheila selepas itu juga menghiburkan warganet. Sekali lagi, suara jeritan Sheila memanggil Beatrice menggeletek hati warganet.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Baru bersenang senang luruskan kaki nak baring…Sekali dengan kita skali bangun, takuttt haha.. “

” Sampai FRA dengar suara sis sheilarusly_jspictures . Lain macam je ngantuk tu beatricechitra haha.. Nak lagi jerit ii.. “

” Kitorang rasa macam kena tengking dengan sis kat sini haha.. Yesssss itu the real sheilarusly_jspictures, rindu dgn watak2 yg mcm tu.. “

” Love korg anak menantu.. “bangun!” sekli kita yg tgk pn tekejut.. melompat dengar jeritan berhantu sis shila.. “

” Astaga, aku yg tgk pun terkejutttt.. Sekali dgn aku terkejut.. baru kau tau trice.. nama kau dulu pernah jadi pegawai tentera.. command dia sampai pontian tau. terkejut kita yang baru nak makan nasi goreng kosong ni.. “

” Hahahahaha!!! Adoi!! Kami ulang2 tgk 2 beranak ni mmg serasi la !! Sis shiela!! kami plak yg terkejut dengar sis jerit.. mantap gandingan mertua vs menantu.. “

” Hari ni sis sheila bad mood kot. sian budak baik tu di jeritkan. terkeluar gak taik telinga dengar mother in law jerit kayak gitu loh.. “

Kelakar sungguh telatah Sheila dan Beatrice itu. Sekali pun ianya hanya lakonan, cukup untuk menghiburkan yang menonton. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menonton video perkongsian ini.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Inositol

Trending

Copyright © Berita Kopak