Artis / Selebriti
” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
Respon Farah Fakhira setelah tular pelbagai persepsi mengenai kisah pernikahannya bersama sahabat baik arwah suaminya sebelum ini raih perhatian warganet. Ayat last tu memang tak sangka..
Nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Farah Fakhira hangat menjadi bahan perbualan warganet apabila gambar photoshoot perkahwinannya bersama suami baru dikongsikan kepada umum. Ramai yang terkejut dan tidak kurang juga yang tumpang gembira melihat Farah akhirnya bertemu kembali dengan seseorang yang berkongsi kebahagiaan buat diri dan anaknya, Hana.
Pelbagai persepsi dan perdebatan antara wargamaya dapat dibaca di media sosial. Ini kerana suami baru Farah yang dikenali sebagai Haqem merupakan sahabat baik kepada arwah suami Farah, Zaidul Ariff. Farah juga menyatakan yang dia tidaak sangka akan berjumpa dengan insan yang pernah dia sakiti dan tinggalkan tanpa sepatah jawapan sebelum ini.
Menurut Farah, segala yang terjadi adalah suratan yang sudah tertulis untuk dirinya. Untuk info, ini adalah perkahwinan ketiga buat Farah. Terdapat juga segelintir warganet yang mempersoalkan mengenai kisah percintaan dan persahabatan yang terjalin antara Farah, arwah Zaidul dan Haqem.

Viral di media sosial apabila Haqem memuatnaik cerita pernah mempunyai perasaan kepada Farah sebelum Farah berkahwin dengan arwah Zaidul walaupun arwah Zaidul mengetahui tentang perasaannya pada ketika itu. Memandangkan terlalu hangat kisah ini diperkatakan, Farah akhirnya bersuara dan ianya dikongsikan di Insta Story milik Farah.

Perkongsian ini telah pun mendapat pelbagai respon daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Cepatnyaa dia dpt jodoh. Alhamdulillah.. fara dah 3 kali kawen..aku still single.. Alhamdulillah farah.. carilah bahagia lagi. Awak layak untuk merasa bahagia lagi.. “
” Tgk story Suaminya ni, kawan baik arwah suaminya. sedih pula bila baca, ismi suaminya sekarang ni tulis “aku akan sayang anak kau dul (arwah suami fara) mcm mana kau syang aku” tak sangka kawan baik arwah suami jadi suaminya pula. itulah rahsia Allah.. “
” Alhamdulillah mabrouk adik syg, kakak doakan semoga kalian melayari bahtera rumah tangga dengan penuh ketenangan, dibimbing Allah utk setiap keputusan. Pernikahan ini adalah kerana Allah, semoga Allah pelihara semuanya. Hana will be in good hands insya Allah.. “
” Cantik sungguh bidadari. tahniah farah and husband. Selamat pengantin baru. Semoga yang baik2 buat sahabatku.. “
” Andai ada yg trluka smga luka mereka allah tutup dgn rdha dan terima … Awak dan hana berhak mncipta kebahagiaan dan teruskn kehidupan yg lebih baik .. smga farah fakhira sntse dalm rhmatNya dan bahgia brsama pasngn mengejar sakinah mawadah warahmah dlam rumah tgga aminn.. “
” Dalam pertama kali bertemu kalian berdua setelah sekian lama masa ziarah hana, dah tau kalian mmg dah dijodohkan berdua.. “
” Ehhh mangg ismihqem . Aku spechless kejapp hahahaha Congrats ! Semoga yang terbaik buat kau and wife farahfakhira_ .. kau berjodoh dengan perempuan yang aku idolkan weyyy.. “

Allah sudah mengaturkan jodoh yang terbaik untuk Farah dan tidak perlu dipersoalkan kerana itu qada dan qadar yang telah tertulis. Sama-sama kita doakan agar Farah bahagia bersama suami tercinta dan Hana mendapat kasih sayang seorang ayah yang selayaknya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian Farah di Insta Story :

Silakan SHARE..
Sumber : IG Farah Fakhira, Tiktok racunmurah98
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq

