Connect with us

Artis / Selebriti

” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq

Video YB Syed Saddiq meraikan hari lahir mamanya, Puan Shariffah Mahani bersama keluarga dan tunangnya, Bella Astillah. Wah, hadiah daripada YB Saddiq dan Bella bagi Mama tu bukan kaleng-kaleng lah. Teruja sungguh Mama tengok.. 

Meninjau di akaun Instagram milik YB Syed Saddiq, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan suasana sekitar sambutan hari lahir ibunya, Puan Shariffah Mahani. Majlis yang berlangsung di sebuah restoran itu diraikan dalam suasana sederhana namun cukup meriah, dihadiri oleh ahli keluarga serta insan-insan terdekat.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan semua ahli keluarga YB Syed Saddiq hadir bagi meraikan hari istimewa Puan Shariffah Mahani. Turut mencuri perhatian ialah kehadiran tunang Syed Saddiq, Bella Astillah yang bersama-sama meluangkan masa dalam majlis penuh bermakna itu. Kehadiran mereka jelas menyerlahkan hubungan kekeluargaan yang erat dan penuh kasih sayang.

Apa yang lebih menyentuh hati, video tersebut turut memaparkan satu persatu hadiah yang diberikan oleh anak-anak kepada ibu tersayang. Setiap hadiah disampaikan dengan penuh kasih, namun momen paling mencuri perhatian pastinya ketika tiba giliran YB Syed Saddiq memberikan hadiahnya.

Syed Saddiq memaklumkan bahawa hadiah tersebut merupakan pemberian istimewa daripada dirinya bersama Bella Astillah. Puan Shariffah Mahani dilihat menerima sebuah telefon bimbit eksklusif sebagai hadiah ulangtahun kelahirannya. Reaksi wajahnya yang terkejut dan gembira jelas menggambarkan betapa beliau amat menghargai pemberian tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan dalam masa yang sama turut menitipkan kata-kata ucapan hari lahir buat Puan Shariffah Mahani. Antara komen-komen menarik adalah :

” Happy Birthday Mama. Semoga senantiasa berada dalam kasih sayang Allah sepanjang masa. Dikurniakan kesihatan yang baik untuk beribadah padaNya.

” Adui tu lah suka menyakat sampai gugur telipon mama baru.. Haha jgn main2 telipon baru tau hehe,btw hepi bdy mama,panjang umur,sehat selalu,sentiasa berbahagia selalu di samping keluarga tersayang.. “

” Sanah helwah tcer Sh Mahani.. Smga sntiasa dlm rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT,D kelilingi insan2 yg baik dan brbahagia selalu bersama family trcinta.. “

” Rasa sangat2 bahagia tengok family YBSS. Bertambah bahagia bila terfikir Bella dah jadi sebahagian dari family sebahagia ni .. “

” Sanah Helwah.. Semoga bertambah usia dlm kesihatan yg berkah bertambah rezeki bertambah cantik bertambah bahagia.. “

” Mesti family ni positive vibes, healthy, saling membantu dan sayang menyanyangi kan.. Tak dpt bayang suasana dlm rumah mesti happy2 & chill je. No marah2 no stress.. “

” Sanah helwah mama, smoga dikurniakn kesihatan yg baik sntiasa dlam rahmat dn kasih sayang Allah swt.. “

Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang tersentuh melihat kemesraan keluarga Syed Saddiq. Ramai mendoakan agar Puan Shariffah Mahani sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Tidak kurang juga yang memuji layanan Syed Saddiq dan Bella Astillah terhadap insan yang paling berjasa dalam hidup mereka.

Tonton video di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG syedsaddiq

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Rose SPF90

Trending

Copyright © Berita Kopak