Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai

Video komen Ajai mengenai Hussain Jamilul Hayat setelah selesai konsert Big Stage semalam raih perhatian warganet. Tak sangka ini pandangan Ajai tentang Hussain.. 

Siapa yang tidak kenal dengan komposer dan pemuzik, Ajai. Kredibiliti Ajai tidak dapat dinafikan lagi dan Ajai sering tampil dengan lagu ciptaan yang meletop di pasaran. Ajai telah pun dijemput sebagai juri jemputan Big Stage Rocketfuel semalam untuk mengadili 8 orang peserta Big Stage.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan sedutan komen Ajai selepas Hussain selesai mempersembahkan Ghazal Untuk Rabiah bersama Putera Muhammad. Ajai memberikan komen yang sangat positif untuk Hussain dan menggelarkan Hussain mempunyaui aura seperti Mawi.

Meninjau entry di akaun Tiktok Gayahistyping pula, Ajai memberikan komen menyeluruh mengenai 3 peserta yang dirasakan mempunyai bakat besar dan konsisten dalam persembahan mereka. Salah seorang yang disebut oleh Ajai adalah Hussain.

Hussain memiliki aura dan produk yang boleh dijual untuk syarikat rakaman. Hussain juga mempunyai peminat yang ramai dan vokal yang sedap. Selain vokal, cara Hussain mempamerkan persembahannya juga salah satu tarikan yang membangkitkan wow dalam setiap nyanyiannya.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Apa dia bg Hussain markah tggi sbb dia Tau vocal Hussain… tdak dia xkta laa..vocal Hussain vocal spec bkn tok compatiton ..maksud ajai suara Hussain layak dh tok wat album bln msok compatiton…tu maksud ajai…sbb tu owg lbh suka tngok persembahan Hussain…vocal mmg x dinafikan…tu maksud ajai yg sebenar.. “

” Ranisha, danial kifli ,hussain sebab 3 ni markah paling tinggi ajai bagi.. Hussain tu dia mcm penyanyi utk org kenamaan. jenis suara aura dia khas utk majlis tertentu. mmg memukau tak kisah nyanyi lagu apa.. “

” Tu maksud ajai .suara Hussain mmg xlayak msok compatiton…blh terus wat album.. Ajai nak lock Hussain la tu..kiki.. “

” Ajai ne memang brings a different level of experience. Komen dia relevan, professional, objective, and fair.. setuju dgn ajai..hussainnnnn ada aura..mak2 org mcm aku poonn suka tgk dia menyanyi..soft spoken pon ye..sopan nawwww.. “

” HUSSAIN ni mcm ada 1 aura ..ramai orang suka.. Stuju ape yg Ajai ckp.. semoga Hussain terus cermelang be yourself.. mgkin Ajai blh tlg buat lgu tuk Hussain…insyaallah.. “

” Setuju ape Ajai perkatakan .. Husain kekuatan dia sebab aura + kedua suara .. Husain mmg bole jual utk showbiz.

” Jelas kan apa ajai cakap.. so Hussain x menang pun xpa dalam bigstage ni, yang penting dia Pemenang di mata rakyat Malaysia.. “

Ajai nampak sesuatu keunikan dan tarikan yang ada dalam diri Hussain yang mampu ‘dijual’. Kesimpulannya, Hussain mempunyai masa depan yang cerah dalam industri walaupun tidak menang dalam Big Stage. Apa yang penting, Hussain ada auranya dan menjadi satu fenomena.

Tonton video di bawah :

@gayahistyping

GIT MEDIA: Komposer Ajai nampak tiga peserta konsisten dan berbakat besar dalam Big Stage Rocketfuel. – Rangkuman laporan minggu kelima. . #GITMedia #gayahistyping #bigstagerocketfuel2026 #bigstagerocketfuel #Ajai

♬ original sound – GIT MEDIA – GIT MEDIA

Silakan SHARE..

Sumber : IG F8buzz, Tiktok gayahistyping

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Thermos Girrafe

Trending

Copyright © Berita Kopak