Artis / Selebriti
” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
Video luahan hati Engku Emran menjalani kehidupan sebagai bapa tunggal kepada Engku Aleesya curi perhatian warganet. Sedih dengar pengorbanan Engku Emran untuk Aleesya..
Umum mengetahui yang Erra Fazira pernah berkahwin dengan Engku Emran. Namun jodoh mereka ditakdirkan tidak panjang, mereka akhirnya berpisah secara baik. Hasil perkongsian hidup, Erra dan Engku Emran dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Engku Aleesya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sasha Saidin, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Engku Emran tampil sebagai tetamu dalam Hello Sihat Apa Khabar podcast episod 4 : Apa khabar Engku Emran. Sasha Saidin salah seorang host untuk podcast ini.
Topik perbincangan mereka berkisar mengenai pengalaman Engku Emran sebagai bapa tunggal. Bukan mudah dan banyak pengorbanan yang dilakukan agar Engku Aleesya mendapat kasih sayang dan perhatian yang penuh kerana kehidupan mereka tidak seperti keluarga normal yang lain.

Salah satu yang Engku Emran luahkan adalah mereka tidak pernah bercuti sebagai satu keluarga. Engku Emran juga tidak pernah terlepas walau satu pun acara sekolah Engku Aleesya ketika sekolah rendah dulu. Apa yang penting, dia dan Erra ada kesepakatan dalam memastikan Engku Aleesya tidak merasa kekurangan kasih sayang ibu dan ayah.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Walau apa pun hidup yg dia lalui . Dia mmg seorg ayah yg sgt bertangung jwb. Skeg susah nk ada ayah yg mcm tu.Tp dia blh Besar kn anak dia wp dia bercerai.. “
” Cuma dlm berumah tangga dia masih belum bernsb baik .mgkn satu hari nnti pasti Allah akan temukan seseorg yg akan bersama dia smpi ke hari2 tua Dan smpi ke Syurga,yg setiap org impikan pasangan yg tepat pd waktu yg tepat yg Allah janjikan Aminn. semoga kt semua umat Islam masuk Syurga Tanpa hisab Aminn.. “
” Kenapa aku nangis…because it reflects me as single mother with 2 boys.. He maybe not the best husband, but definitely the best dad.. no wonder aleesya very intelligent.. “
” EF tahu & yakin ex husband dia mampu beri pendidikan yg baik utk ank mereka..sbb tu dia lepas hak penjagaan pd ex husband..bagus sgt parents begini…sgt matured & fikirkan what’s best utk satu² ank mereka.. “
” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal… great sharing.. Engku Emran is eloquent speaker. That’s so lovely.. “
” Despite their failed marriage, both of them are good parents. kudos engku & erra.. Eloquent spoken English. Kudos to you Mr Emran. Such a good role model for men.. “
” Part bila kena ‘hadir’ dalam setiap aktiviti anak2 tu sy sangat setuju. Teringat balik masa anak sulung sy punya aktiviti, sy xdpt utk hadir dan betapa kecewanya diri sy dan sy betul2 merasakan sy gagal, kesian anak sy.. “

Engku Emran menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah yang paling terbaik untuk Engku Aleesya. Salute kepada Engku Emran dan juga Erra kerana masing-masing menjalankan co-parenting yang sempurna demi anak kesayangan mereka, Aleesya.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sashasaidin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam kuda lah suara awak.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen

