Connect with us

Artis / Selebriti

” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

Video Amyra Rosli dan Amar Baharin umum jantina anak ketiga mereka yang bakal lahir raih pujian ramai. Wah bagus betul, tak perlu buat majlis gender reveal bagai atau tunggu lahir. Senang, terus jujur bagitahu jantina baby..

Pasangan pelakon, Amyra Rosli dan Amar Baharin diketahui umum sedang menanti kelahiran cahayamata ketiga mereka. Untuk info, Amyra dan Amar mendirikan rumahtangga pada 2 November 2016 dan dikurniakan 2 orang cahayamata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok user9175076124125, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Amyra dan Amar bersama pihak wartawan. Bagi menjelaskan keadaan yang keruh, pasangan ini momohon maaf kerana tidak mendedahkan kehamilan anak ketiga ini lebih awal.

Kata Amyra, bukan lah dirinya hendak menyorok dan merahsiakan kehamilan ini tetapi mereka lebih selesa untuk membiarkan kandungan ini betul-betul sihat dan selamat terlebih dahulu. Kata Amar, ini kerana Amyra pernah mengalami keguguran sebelum ini dan ianya menjadi iktibar untuk mereka.

Tambah Amyra, apabila diumumkan dirinya sedang hamil, maka terjawab lah semua teka teki peminat. Tidak lagi berahsia, Amyra dan Amar memaklumkan jantina bayi yang sedang dikandung dan mengatakan hanya perlu menanti bayi ini lahir sahaja.

Jom tonton video di bawah :

@user9175076124125

#amyrarosli #fyp #foryou #esekeli #foryoupagе

♬ original sound – Abam_JiwangkapaK – Abam_JiwangkapaK

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Bagus direct je bag tau jantina tak de nak buat majlis reveal reveal ni.. Doakan sy dpt zuriat ttc da hampir 11tahun. Arwah anak pertama sy sebaya dgn anak amyra yg pertama. Alfatihah anakku Hafiy.. “

” Antara pasangan artis yg aku suka tengok….ni bab mngandung ni ha, senang je dia terus terang terus x de nk brparti2 gender reveal bagai.. “

” Tahniah amyra n amar ,bertambah lg ummat nabi saw.. Antara psngan artis yg suka tgk.. Minat kt diorg ni. Lurve.. “

” Alhamdulillah semoga ibu n baby slmt n sehat.. Mira ni dari dulu memang matang cara dia tak gedik gedik.. “

” Syukur Alhamdulillah, semoga di permudahkan segala urusan, semoga ibu dan bayinya sihat walafiat.. seronok lah dapat hero lagi.. “

” Alhamdulillah Tahniah Amyra Rosli dan suami dpt baby boy semuga permudahkn bila bersalin nnti.Aamiinn.. “

” Dia ni selalu cantik selalu lembut ,pasngan yg ideal luv korang ,semoga semua sihat dan di permudahkn segalanya Aminn.. “

Alhamdulillah, Allah mengaturkan yang terbaik untuk Amyra dan Amar. Semoga kandungan Amyra kali ini sentiasa dalam lindungan Allah dan urusan Amyra untuk bersalin nanti berjalan dengan lancar. Baby boy is coming soon, sama-sama kita menunggu baby comel pasangan ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok user9175076124125

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Pocket Wifi

Trending

Copyright © Berita Kopak