Artis / Selebriti
” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Sheila Rusly memasak bersama anak dan menantunya, Mika dan Beatrice buat ramai terhibur. Selamba je Beatrice cakap macam tu dekat Sheila, terdiam Sheila dibuatnya, haha..
Bagi yang gemar mengikuti perkembangan pelakon dan usahawan, Sheila Rusly, pasti mengetahui bahawa Sheila sering berkongsi pelbagai video bersama ahli keluarganya di media sosial. Antara video yang paling mendapat perhatian ramai ialah video masakan yang memaparkan Sheila berkongsi resipi-resipi istimewa dengan cara yang santai dan menghiburkan.
Terbaru, menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Sheila memuatnaik sebuah video yang memaparkan Shiela memasak bersama anak lelakinya, Mika serta menantunya, Beatrice Chitra. Namun, apa yang paling mencuri perhatian bukanlah hidangan yang disediakan, sebaliknya gelagat Sheila dan Beatrice yang saling bergurau sepanjang sesi memasak tersebut.
Menerusi video itu, Beatrice dilihat beberapa kali mengusik ibu mentuanya sehingga membuatkan suasana di dapur bertambah ceria. Sikap mereka yang begitu mesra dan bersahaja menghiburkan ramai. Malah ramai yang suka melihat hubungan akrab antara Sheila dan menantunya yang disifatkan seperti ibu dan anak sendiri.

Selain itu, ada yang berseloroh mengatakan jika sebelum ini, Sheila sering menegur rakan-rakan artis yang melakukan kesilapan ketika memasak dalam rancangannya, Ketuk-Ketuk Ramadan, namun kali ini giliran Sheila pula diusik dan dikenakan oleh Beatrice. Tidak kurang juga yang memuji Beatrice kerana pandai bergurau tanpa menghilangkan rasa hormat terhadap ibu mentuanya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound dia minyak tak panas, haha.. “
” Betapa selesanya menantu bercakap dgn mak mertua… Aku rasa bahagia tengok menantu dilayan mesra oleh mak mertua.. Menantu pun bagus dgn mak mertua.. “
” Berani erkkk tegur minyak tak panas lagi tu hahahaha mak mak je boleh tegur bukan seorang anak. mak mak buat terus senyap.. “
” Blm panas ma minyak nya, hahahha kaklong kawasan tndang pintu mcm tu ja ekkkk.. Sedapnya lama tak masak nasi lemak.. “
Suka aku tengok memantu krek Beatrice, dia ni berani ye komen mak mertua diva Sheila.. Heheheeheh comell jee, penat kita ketawa.. “
” Lawak anak menantu sis.. Tapi udg sotong tu masyaAllah nmpm sdp.. Belum rase lagi dah terliur nengok kan.. Mesti sedap sangat2.. “
” Daripada mak mertua, anak smpai menantu, semuanya kelakar.. Kalau macam ni lah, memang best sangat lah.. Happy je tengok keluarga bahagia ni.. “
Selain terhibur dengan gelagat mereka, ramai turut memuji hidangan yang dimasak Sheila kerana kelihatan begitu menyelerakan. Rata-rata berharap Sheila akan terus berkongsi lebih banyak video masakan bersama ahli keluarganya kerana bukan sahaja dapat memberi inspirasi di dapur, malah turut menghiburkan para pengikut dengan kemesraan dan keakraban yang dipaparkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen

