Artis / Selebriti
” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
Video respon Hussain apabila dilabelkan sebagai anak emas Astro curi perhatian warganet. Tenang sungguh Hussain, tak mudah melatah dengan kecaman. Suka dengar ayat Hussain tu..
Nama Hussain melonjak naik sejak diperkenalkan dalam program realiti TV, Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Rezeki memihak kepada Hussain apabila terpilih untuk mengisi satu kekosongan di satu lagi rancangan realiti TV, Big Stage Rocketfuel.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama Hussain sejurus selepas konsert Big Stage minggu pertama. Hussain diajukan beberapa soalan mengenai penglibatannya dalam Big Stage.
Ramai yang suka melihat Hussain beraksi di pentas Big Stage, namun dalam masa yang sama, ada juga yang kurang senang dengan keberadaan Hussain di situ. Hussain ditanyakan mengenai isu Hussain dilabelkan sebagai anak emas Astro kerana diserap masuk dengan mudah ke Big Stage.

Tidak mudah melatah dan tenang menjawab persoalan ini, jawapan Hussain dipuji oleh warganet. Berkat didikan abahnya, Jamilul Hayat dan ibunya membuatkan Hussain memiliki budi pekerti dan adab yang tinggi. Jawapan yang cukup tenang didengar dan mempamerkan keperibadian Hussain yang wajar dipuji.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Ramai yang memuji cara Hussain menjawab dan antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Macam tu orang berilmu dan tenang menjawab soalan. Happy for you Hussain. Chill.. “
” So humble.. bagus didikan kedua orang tua dia.. matang sangat dia jawab.. tu ramai yg suka.. “
” MasyaAllah, bila ingat Rasulullah sbg contoh… semoga dilindungi dari ‘ain kesayangan kami.. “
” Hussain Jgn minum air sejuk Jgn makan durian jaga kesihatan . Jaga solat n Jgn lupa berdoa n tawakal InsyaAllah.. be good boy.. “
” Cara didikan mak abahnya.. sentiasa merendah diri, hormat org. Tengok cara abahnya la.Beradab,merendah diri bila bercakap.. “
” Ya Allah sedap tutur kata Hussain lembut je ckp blt x semua ong suka kita tp semua rakyat Malaysia sayang kan Hussain ckp y baik²fikir y baik²moga y baik²buat Hussain moga Hussain sentiasa sihat aminnnnnnn yaa rabbai alamiinnnnnnnn.. “
” Klu nk chop ank emas nape tnya dia g lh tnya pihak astro, jgn lh menekan2 peserta smpai blh jd stress.. “
” Confirm tamat show big stage nnti habis final fans bagi buah2an tempatan Especially Duriann.. semangat hussain.. “
Jawapan yang penuh berhemah dan tersusun indah tutur kata-katanya daripada Hussain kesayangan ramai. Betul kata Hussain, yang penting kita sentiasa berbuat baik sekali pun orang tidak menyukai kita. Semoga langkah Hussain di pentas Big Stage membuahkan hasil dan berjaya beroleh kemenangan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG f8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” 5 tahun, rasanya masih utuh dan sama.. ” – Shuib Sepahtu

