Artis / Selebriti
” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Jamal Abdillah memberikan ucapan khas kepada anak suadaranya, Hussain Jamilul Hayat sebelum final Big Stage 2026 curi perhatian warganet. Wah, ada tips mahal Pak Yop bagi pada Hussain ni. Terbaik lah Pak Yop..
Sebagaimana yang semua sedia maklum, peserta Big Stage Rocketfuel, Hussain Jamilul Hayat merupakan anak saudara kepada Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah. Ayah Hussain adalah adik kepada Dato’ Jamal dan juga merupakan seorang penyanyi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mamaar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Jamal memberikan sedikit kata-kata semangat untuk Hussain sebelum final Big Stage berlangsung dalam beberapa hari lagi. Hussain bakal mendendangkan lagu Dato’ Jamal berjudul Seniman Menangis.
Dato’ Jamal yang membiasakan dirinya sebagai Pak Yop memohon maaf kepada Hussain kerana tidak dapat hadir memberikan sokongan kepada Hussain di konsert akhir Big Stage nanti. Namun Dato’ Jamal berharap agar Hussain dapat melakukan yang terbaik.

Dato’ Jamal turut memberikan sedikit tips untuk menambahkan lagi ‘wow’ dalam nyanyian lagu ini kepada Hussain. Lagu ini juga adalah lagu kegemaran Dato’ Jamal sejak zaman remajanya lagi. Seandainya Hussain dapat mengikuti tips ini, pastinya akan memberi impak kepada nyanyian Hussain.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Doa restu dari pakyeop moga Hussain berjaya juara Big Stage 2026.. Amin.. Pak yoep.. Sbb hussain teman nengok rancangan tu, Pak yoep.. “
” Yes.. Pak Yob Jamal Abdillah.. sokongan padu utk Hussain.. Terbaikkkk lah. moga Hussain akan menyanyi dengan penuh perasaan.. “
” Pak Yob dh bagi kate semangat dn greenlight, smoga hussain dpt menjiwai dn buat yg trbaik nnt mlm final… hussain!!!! awkboleh!!! , jgn kecewakn kmi semua, xmenang is’t ok, yg penting dh buat yg TERBAIK.. “
” Terharu dengar pesanan datuk jamal pada hussain.. Alhamdulilah doa2 dri dato jamal buat hussain. Hussain awak buat sebaik mungkin, igt pesanan pak yeop. Jgn malukan pak yeob tau.. “
” Sebut nama Hussain sama btul dgn Pak Hayat..adik beradik kan.. alhamdulillah… moga doa PK Yob Allah kabulkan.. “
” Lagu ni pakyop nyanyi pun aku nangis dah.. lagi lagi hussain, tak tahu lah banjir air mata.. kata kata semangat daripada bapa saudara.. “
” Terbaik pak yob.. dah restu Hussain nyanyikan lagu seniman menangis… tiba nanti ada surprise pak Yop hadir dekat BS.. semuga Hussain juara nanti..aamiin.. “

Kata-kata semangat dan restu daripada Dato’ Jamal untuk Hussain yang cukup bermakna. Nasihat dan tips yang Dato’ Jamal berikan itu moga dapat dipraktikkan oleh Hussain di pentas final nanti. Semoga ada kejayaan untuk Hussain dan dipermudahkan segala urusan.
Tonton video di bawah :
@mamaar783 #datojamalabdillah #hussainjamilulhayat #fypシ #DominasiForRealEP #BigStageRocketFuel
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok mamaar783
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nombor 1 macam Haris. Nombor 2 sebijik muka Neelofa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya

