Connect with us

Artis / Selebriti

” Memasing keluar Korea versi Jawa. Kelakar Pulze ni, haru biru jadinya, haha.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Hussain, Adam Nazmie, Danial Kifli dan Qilo bagi segmen group battle Big Stage buat warganet terhibur. Lain macam betul sebutan bahasa Korea kali ni. Dengan loghat ersi Jawa Perak pun keluar sekali, hehe.. 

Segmen group Battle kembali di Big Stage Rocketfuel untuk minggu suku akhir. Lagu Spot dendangan asal Zico ft Jennie diberikan kepada kumpulan Pulze. Kumpulan Pulze yang terdiri daripada Hussain, Adam Nazmie, Danial Kifli dan Qilo memberikan satu persembahan yang menghiburkan semua penonton di MBSA semalam.

Bukan mudah menyanyikan lagu berbahasa Korea, apatah lagi kelima-limanya langsung tidak mengetahui lagu tersebut. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan video persembahan Pulze semalam. Kelima-lima peserta Big Stage ini tampil dengan outfit serba hitam dan semuanya kelihatan begitu segak.

Memetik komen warganet, penampilan Pulze sudah gah tetapi apabila nyanyian dimulakan, ramai yang berdekah ketawa. Bukan bahasa Korea yang kedengaran tetapi seakan-akan Korea versi Jawa pula. Ini yang dikatakan sebelum ini Korea versi Jawa Perak. Bersorak penonton melihat persembahan penuh bertenaga daripada kumpulan Pulze ini.

Masing-masing ada tarikan mereka tersendiri dan tetap cuba memberikan persembahan terbaik. Baik Hussain, Adam Nazmie, Danial Kifli mahu pun Qilo kelihatan sangat enjoy sepanjang persembahan mereka itu. Geng masuk air yang menceriakan minggu suku akhir Big Stage.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Bermacam-macam bahasa terkeluar dari team PULZE.. Memasing keluar korea jawa hahaa…fun giler.. Gabungan mantap mmg enjoy ye.. aku matian ingat dorang menang,depa lagi hype do.. “

” Knp klo battle bg lagu kpop eh. Byk lgu lain bleh nyanyi. Boyband english ke kmpulan malay ke. Kpop jd Melalut2 dorg nyanyi tp klakar haha.. “

” Group ni patut maharaja lawak hahahaha sumpah kelakorrr.. haru biru jadinye..tp still entertaining, good effort.. “

” Aku tak boleh la tengok ni haha.. 10 kali tengok 10 kali nak gelak, menghiburkan.. Ni kalau dia orang nyanyi lagu kru ke alpha ke, mesti best team ni hahaha sebab comel je masing masing.. “

” Patutnya bagi yang hype lagi mcm ringa linga , lagu ni plk baru kureng syiok tp pape pun mengekek weh semalam. korea bunyi jawa haha.. plus loghat Perak haha.. “

” Pulze comel, best giler dorang haha. lucu la dorang ni, masing masing mesti ahh bantai je lah haha.. Diorg ni mcm rockers kena nyanyi kpop…gelak besau tgk mlm td.. “

” Hussain macam biasa dia hussainkan lagu kpop tu,Adam Nazmie di jawakan,Qilo dijazz kan,Daniel diperjuangkan.. gabungan mantap.. klakor la performance ni..haru biru jadinye.. “

” Bernas idea yang tubuhkan group ini sebab dapat betul betul keluar dari comfort zone… ni kpop group tengok menangis kat bucu katil.. “

Bermacam-macam bahasa yang keluar dalam persembahan Kumpulan Pulze ini, namun ianya cukup menghiburkan warganet. Sekali pun Kumpulan Pulze tidak memenangi group battle ini, persembahan mereka menang di hati peminat. Semoga Kumpulan Pulze akan buat yang terbaik untuk group battle minggu separuh akhir pada minggu hadapan.

Tonton video di bawah :

@sookamalaysia

Loveeee dengan opening dari Hussain tu ekkk untuk group Pulze! Jom strim Big Stage Rocketfuel di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Sooka Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Castor Oil

Trending

Copyright © Berita Kopak