Connect with us

Artis / Selebriti

” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen

Video Datuk Syafinaz naik pentas mengajar Hussain teknik vokal buat ramai terhibut. Part Tok Naz tekan perut Hussain tu paling lawak sekali. Berdekah penonton gelak tengok reaksi Hussain tu. Nabil dan Azeva pun sama kelakar, haha.. 

Hussain Jamilul Hayat menjadi tarikan utama ramai warganet untuk menonton Big Stage Rocketfuel. Saban minggu, persembahan Hussain dinanti-nantikan oleh peminat Big Stage. Sekali pun giliran Hussain lambat, rela penonton bersengkang mata demi melihat nyanyian Hussain.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Hussain pada minggu suku akhir Big Stage yang berlangsung semalam. Hussain membawakan lagu dendangan Felix AF berjudul Warkah Berlagu Pilu.

Hussain mendendangkan lagu ini dengan baik dan penuh penghayatan. Juri memuji suara Hussain itu, namun ada teguran yang diberikan oleh juri jemputan, Datuk Syafinaz atau Tok Naz. Tidak membuang masa, Tok Naz naik ke pentas untuk mengajar Hussain satu ilmu yang berharga.

Hussain ada sedikit masalah dengan teknik pernafasan dan Tok Naz memberikan tunjuk ajar on the sport di atas pentas. Riuh MBSA melihat Tok Naz menekan perut Hussain supaya Hussain dapat mengawal pernafasannya agar suara yang ditarik tidak semput. Reaksi wajah Hussain kelakar, namun Hussain tetap fokus mempelajari ilmu yang Tok Naz ajarkan itu.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Lawak lah Hussain ni.. Ilmu Tok Naz bagi tu mahal. terima kasih tok naz beri ilmu pd Hussain kelakar Hussain. confirm lepas ni makin sedap suara Hussain.. suka sikap Hussain yg selamba tapi kelakar.. betul2 masuk air.. “

” Betul ini la yg dimaksudkan suara dari perut.. Bukan nyanyi guna suara dari tekak sebab suara akan jadi tak rileks dan seperti jeritan dipaksa.. Hussain mmg terbaik.. “

” Tok naz ajar memg dah betul.. Aku mengekek ketawa Hussain ni tau. muka selamber dia tu, comel betul.. Kelakar tengok mereka bertiga.. duduk berdiri.. duduk berdiri.. “

” Sumpah time ni terbahak ketawa. lawak lah Hussain ni. tapi toknaz memang terbaik.. lawak tapi mahal ilmu tok naz bagi Hussain. Istimewa Hussain sampai tok naz pun naik pentas ajar.. “

” Best lah mlm ni tok naz naik pentas ajar hussain. aku yg senak perut tok Naz tolak perut hussain. ulang byk kali part ni.. aku ngn laki aku gelak xingt apa td part ni..hahhaha..hussain betholl la.. “

” Adoii sakit perut gelak.. masa ni aku melekek lekek ketawa adoiiii hai Hussain…. dgn muka blur2 dia. walaupun kelakar time ni tp nmpk dia brsungguh fahamkn ape tok naz ajar , lg sedap dia nyanyi time ni.. “

” Keras perut duk gelak bahagian ni, lawak wei. tok naz tekan perut terus kuat hussain nyanyi.. cepat Hussain tangkap ilmu yg Tok Naz ajar, jadi makin POWER “..….satu PERPISAHANNNN”, merdu dan clear.. “

Satu MBSA ketawa melihat telatah Hussain dan Tok Naz itu. Walaupun nampak kelakar tetapi Hussain cepat menangkap ilmu yang Tok Naz ajarkan itu. Memang berubah menjadi lebih merdu suara Hussain setelah praktik teknik yang Tok Naz berikan itu. Apa-apa pun, semoga Hussain dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam nyanyiannya selepas ini.

Tonton video-video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG F8buzz, Tiktok Budak Terengganu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Castor Oil

Trending

Copyright © Berita Kopak