Connect with us

Artis / Selebriti

” Wow, suara Hussain sangat merdu, menusuk kalbu. Comel sangat Pak Hayat joget.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Hussain dan ayahnya, Jamilul Hayat di Selangor Travel Fair raih pujian ramai. Wah semakin confident Hussain di atas pentas. Part Hussain dan Pak Hayat joget bersama tu  comel sangat. Amboi, rancak sungguh Pak Hayat berjoget ye, hehe..

Aura Hussain Jamilul Hayat semakin bersinar dan semakin bertambah peminatnya dari hari ke hari. Sekali pun Hussain masih lagi berjuang di pentas Big Stage Rocketfuel, namun undangan untuk menyanyi di majlis khas semakin banyak dan ramai yang inginkan Hussain.

Selepas event di Mydin Mall, terbaru Hussain beraksi pula menghiburkan pengunjung di Selangor Travel Fair 2026 yang berlangsung di Central Market, Kuala Lumpur. Hussain mendendangkan 4 buah lagu antaranya Gelora Cintaku dan Berdendang Dalam Tangisan.

Kehadiran Hussain sememangnya dinanti-nantikan oleh orang ramai. Sepanjang persembahan Hussain, sorakan dan tepukan gemuruh diberikan untuk Hussain. Siapa yang tidak teruja apabila dapat melihat dan mendengar nyanyian Hussain secara live seperti ini.

Hussain turut mengundang ayahnya, Jamilul Hayat untuk menyanyi bersama-sama di pentas. Pak Hayat yang semakin sihat kelihatan ceria dan tidak menghampakan pengunjung dengan nyanyian dan berjoget bersama Hussain. Wah lincah dan sporting sungguh Pak Hayat.

Perkongsian ini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Eh makin menjadi jadi lucu pak hayat ni. comelnya backup dancer.. Sihat sihat selalu pak hayat. ska tengok bonding dua beranak ni.. “

” Wow.. suara hussain sgt merdu kalo nyanyi lagu lama.. menusuk kalbu,, Comel sangat pak hayat joget.. mantap abahnya Hussain.. “

” Suara Hussain ni sedap dan merdu..sebak tengok Hussain buat persembahan dengan pak Hayat..semoga pak hayat sentiasa sihat dan Hussain berjaya dalam bidang seni dan tidak lupa asal usul.. “

” Jadi lagi sedap lagu ni dgn suara Hussain. Menusuk Qollbuuu… cepat2 buat lagu Hussain… Performance kat mydin belum habis fyp lagi, muncul ni pulak.. “

” Happy tgk pak hayat semakin sehat Alhamdulillah,,, hussain anak yg baik.. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik pak hayat, Hussain semoga terus success.. “

” Nampak dah konfiden perform dah.. gud job sain.. Belum grad bigstage job dah melimpah ruah . terbaik..

” Alhamdulillah makin sihat nampak pak hayat kita. comel hussain dengan abah. nampak rapat sangat dorang berdua ni. sedih, happy semua ada tengok hussain dengan pak hayat ni.. “

Semoga Hussain dan abahnya yang sentiasa menjadi pembakar semangat untuk Hussain terus berjaya dan mencapai impian. Semoga Pak Hayat sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan untuk Hussain, terus mendunia dan jangan lupa untuk stay on top, be humble and buckle up. 

Tonton video-video di bawah :

@tourismselangor

Part 1: Persembahan daripada Hussain Jamilul Hayat #SelangorKanAda #SurprisingSelangor #HussainJamilulHayat

♬ original sound – TourismSelangor – TourismSelangor

@tourismselangor

Part 2: Persembahan daripada Hussain Jamilul Hayat #SelangorKanAda #SurprisingSelangor #HussainJamilulHayat

♬ original sound – TourismSelangor – TourismSelangor

@tourismselangor

Part 3: Persembahan daripada Hussain Jamilul Hayat #SelangorKanAda #SurprisingSelangor #HussainJamilulHayat

♬ original sound – TourismSelangor – TourismSelangor

@leeyasyikin_

“Abah rasa ini dunia abah lah Sain” 💃🏻 yihhh anak beranak comel ni 🤏🏻🤏🏻🤏🏻 suka lah tengok bonding macamni, touching kitaaaa 🥺@hussainjamilul #hussainjamilulhayat #jamilulhayat #fyp

♬ original sound – leeyaners – leeyaners

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Tourism Selangor, Tiktok Leeyaners

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak