Artis / Selebriti
” Paling win Hussain. Masuk group Cik B dan Anggrek terus keluar kepompong.. ” – Komen Netizen
Persembahan team FYP, Anggrek, Cik B dan Hussain membawakan lagu We Go Up By Babymonster raih pujian warganet. Wow betul gandingan trio ni. Hussain pun auto jadi lincah, takde malu-malu dah..
Bagi minggu separuh akhir Talk To My Manager musim 2 (TTMM2), segmen battle diadakan yang mana 6 peserta yang ada dibahagikan kepada 2 kumpulan. Azeva, Kim Khairii dan Ammara di bawah team viral, manakala Anggrek, Cik B dan Hussain di bawah team FYP. Bagi team FYP, tugasan mereka adalah lagu We Go Up By Babymonster.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak. Media Hiburan Official dan Sooka Malaysia, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan team FYP. Anggrek, Cik B dan Hussain tampil beraksi dengan penuh semangat dan penuh keyakinan.
Persembahan yang dibawa nampak santai tetapi berjaya menarik perhatian penonton dari awal hingga akhir.
Ketiga-tiganya memberikan komitmen yang baik sepanjang persembahan. Keserasian mereka di atas pentas juga membuatkan suasana menjadi lebih hidup dan menyeronokkan untuk ditonton.

Persembahan trio ini nampak tersusun dan ada identiti tersendiri. Hussain yang pemalu juga berubah menjadi agresif apabila bergandingan bersama Anggrek dan Cik B. Langkah tarian dan vokal yang dipamerkan oleh trio ini mendapat sorakan dan tepukan daripada penonton di MBSA.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
@cikb_bossb Comel je part Anggrek kasi flying kiss pada juri ❤️ #tiktokmalaysia #cikb #anggrek #hussain #talktomymanager
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Sukaaaa teammmm nie… Hebattt nampak semua membantu.. nmpk best sangat.. team ni menjadi betul, tak sangka boleh happening. Anggerik kecik tapi showmanship semacam wow.. “
” Tak bole nak move on lagi dgn persembahan dorang mlm td.. Gempak.. paling besttttt fyp… Hussain btl2 all out.. “
” Hebat!!! Geram tgk Anggrek ni, kecik2 cili api. Team FYP Powerrrr.. Team paling onzzzz.. Team paling best.. “
” Gempak habis, Fyp slayyy gilerr malam ni.. Suka sangat team nii, saling bantu each other shineee.. sumpah best.. takde sape overshadow sape…. semua performe baik.. “
” Performance not to killing each others more to team work.. Dasyat la.. best kalau mereka bergabung.. memang padu.. congrats.. “
” Paling win Hussain.. masuk group cik b n anggerik terus keluar kepompong ahhaahaha.. Gempaq hbis 3 begabung meletop.. “
” Team fyp paling best gilerssss 3 org ni.. Performance terpaling slay. menyala team fyp, semua function terukssss.. Anggrek dlm dunia dia tu, comellll sgt.. “

Gandingan yang mantap dan menghangatkan MBSA dengan persembahan yang bertenaga. Anggrek, Hussain dan Cik B memang layak digelar team FYP. Selamat berjuang untuk pentas final untuk ketiga-tiga peserta ini dan semoga segalanya berjalan dengan lancar untuk mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Media Hiburan, IG Sooka Malaysia , IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen

