Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia kata nak jadi step brother, so need to have.. ” – Cik B

Video Cik B make over anak Dato’ Fazley, Payish jadi swag curi perhatian ramai. Wah rapat betul Cik B dan Payish, tak lama lagi kan nak jadi adik beradik. Hasil make over Payish tu memang swag habis lah.. 

Umum mengetahui usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob. Sejak hubungan mereka mula menjadi perhatian umum, setiap perkongsian yang dimuatnaik oleh kedua-duanya di media sosial sering mencuri perhatian ramai.

Terbaru, menerusi tinjauan di akaun Instagram milik anak Dato’ Seri Vida iaitu Cik B, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Cik B meluangkan masa bersama anak Dato’ Fazley bernama Payish. Video tersebut memaparkan mereka sedang keluar membeli-belah bersama-sama.

Menerusi perkongsian itu, Cik B dilihat memilih beberapa helai pakaian baru untuk melakukan ‘make over‘ terhadap Payish. Malah, Cik B turut memberikan cadangan gaya yang lebih moden dan bergaya supaya penampilan Payish kelihatan lebih ‘swag‘.

Apa yang paling mencuit hati apabila Cik B sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa sekiranya Payish ingin menjadi ‘step brother‘nya, dia perlu mengubah gaya fesyen terlebih dahulu. Usikan spontan daripada Cik B itu membuatkan Payish hanya tersenyum dan melayan sahaja kerenah Cik B.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Best vibes mcm dorg ni. Mcm tkde toxic relationship pun. Kalau kita yg tua ni masuk dgn dorg ni terus jadi awet muda. Semoga murah rezeki sentiasa Cik B.. “

” Subhanallah comei tengok gelagat Cik B dan bakal step brother… Keluarga bahagia Aamiin.. Tak sabar kita nak tgk mjlis nanti.. “

” Yeahhhh step brother dah, semoga keluarga ni disatukan.. Mama bahagia cikb bahagia.. Lurve la friendship depa.. “

” Actually I suka lahhhh. Cik B bakal ada adik2 tiri. Bila tgk payish mmg teringat cik B.. dida, payish dah berubahhh” hahaha adoiii cik b comel giler.. “

” Macam adik beradik betul. Allahumma bareek. CikB ni hati lembut, murah rezeki selalu tak berkira. Tu yang lancar rezeki dia.. “

” Dah macam adik beradik Dah muka dekat sama.. Alhamdulillah cik dah ada bestie both of be happy always suka tgk both of you lurveee sangat your relationship step sister step brother.. “

” Cik B ni pemurah hati dan pandai hargai org yg baik dgn dia..moga rezki cikB melimpah ruah.. Sonok pulak aq tgk depaa.. Makin bertambah ahli.. Moga kalini kekal hingga jannah.. “

Perkongsian video itu pantas meraih perhatian warganet yang terhibur melihat kemesraan Cik B dan Payish. Ramai yang memuji hubungan baik mereka serta menyifatkan gelagat kedua-duanya sangat menghiburkan. Malah, tidak kurang juga yang berharap hubungan Dato’ Seri Vida dan Dato’ Fazley terus berkekalan agar kemesraan dua buah keluarga ini sentiasa dapat disaksikan oleh para peminat.

Tonton video di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Power Bank

Trending

Copyright © Berita Kopak