Connect with us

Artis / Selebriti

” Persembahan dia the only one yang aku tengok tak berkelip mata, seriously best.. ” – Komen Netizen

Video persembahan duet bertenaga Cik B bersama MK K-Clique di pentas final Talk To My Manager musim 2 buat penonton terpukau. Fuhhh, memang gempak lah Cik B dan MK menyanyi lahu Haa Tepok. Dah macam konsert sendiri, havoc sungguh.. 

Saban minggu, anak kepada Dato’ Seri Vida, Cik B mempamerkan persembahan yang menarik dan kreatif. Datuk Ramli MS pernah memuji kehebatan Cik B dan menyifatkan Cik B ini persembahannya mega dan mampu menarik perhatian orang ramai tidak hanya kerana vokal tetapi kelincahannya di pentas.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official dan Astro Gempak, telah dikongsikan persembahan terakhir Cik B di pentas final Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Ramai yang ternanti-nantikan persembahan oleh Cik B ini.

Bagi segment duet, Cik B digandingkan bersama penyanyi rap terkenal, MK K-Clique. Paduan suara Cik B dan MK mencipta kemeriahannya yang tersendiri untuk para penonton di auditorium. Siapa sangka, walaupun ini kali pertama bekerjasama, hasilnya boleh sehebat dan segempak ini.

Cik B pernah mengimpikan untuk mengadakan konsertnya sendiri dan malam tadi, impian Cik B tercapai. Persembahan oleh Cik B itu disifatkan oleh warganet seakan-akan konsert dan Cik B benar-benar all out. Bergema sorakan dan tepukan selepas Cik B dan MK selesai persembahan mereka itu.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Dia bukan penyanyi, dia performer. The one n only anak Dato yg paling enjoy n perform. Menyala cikb, selayaknya top 3.. “

” Gempak lah Cik B dan MK. Haa Tepok.. persembahan dia the only one yg aku tgk tak berkelip mata duhhh seriously.. best gila.. memang havoc.. “

” Juara sebenar.. nafas cik b bagus panjang.. Dato dah boleh invest kat cik b jadi penyanyi rapper yg Berjaya mesti ramai supporter.. “

” Mmg gempak cik B smlm, yang penting enjoy the performance.. Cik B ada aura & daya tarikan yg unique.. dah macam konsert cik b buat.. “

” Fuh cayalah anak datok Vida cik B.dia punya anergy power btl menyerlah ,dgn kita2 sekali terhangguk2.perghhh.. cik b kita pun tak boleh nak nafikan kehebatannya.. cik b juara di hati penonton.. “

” Cik b ade aura ..and the real entertainer.. satu Ipoh naik pentas ni.. cik b memang mega sangat.. terpelanting yang lain-lain.. meremang tengok cik b punya energy tu.. “

” Kalau vokal memang lah tak hebat tapi cik b penghibur. Kita yang tua pun boleh ikut angguk kepala sekali tengok cik b punya rap tu.. anak mama yang hebat.. “

” Cik B buat macam konsert sendiri, memang hebat lah. Ngam betul Cik B dengan MK ni, sama-sama hebat rap.. ”

Cik B telah pun melakukan yang terbaik untuk persembahannya semalam. Impian Cik B untuk mengadakan konsert sendiri sudah tercapai, satu MBSA bersorak dan berdiri untuk Cik B. Semoga Cik B akan terus success dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini dan terus menjadi kebanggaan mama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan Official, IG Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sumikko

Trending

Copyright © Berita Kopak