Artis / Selebriti
” Suara bagus Azeva ni. Dia tak perlu nak tiru suara penyanyi asal.. ” – Komen Netizen
Video persembahan duet Azeva dan Hafiz Suip membawakan lagu Muara Hati di pentas akhir Talk To My Manager musim 2 raih pujian ramai. Wah, tak sia-sia Azeva request Hafiz sebagai rakan duet. Duet yang hebat..
Anak kepada Datuk A. Aida dan Ameng Spring, Azeva antara yang menjadi sebutan sejak bermulanya program realiti TV, Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Saban minggu, Azeva menampilkan kelainan dalam persembahannya dan berjaya sampai ke minggu akhir TTMM2.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz dan Astro Gempak, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Azeva di pentas final semalam. Azeva menyanyikan 2 buah lagu iaitu persembahan solo menerusi lagu Titanium dan Muara Hati untuk lagu duet.
Rakan duet Azeva adalah penyanyi popular dan juga penyanyi sebenar lagu Muara Hati iaitu Hafiz Suip. Jika versi asal menggandingkan Hafiz dan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, versi Hafiz dan Azeva juga tidak kurang hebatnya. Azeva memiliki suara yang sedap dan lunak.

Paduan suara mereka berdua menambahkan rencah pada persembahan itu. Chemistry yang tercipta antara Azeva dan Hafiz juga dipuji warganet. Hafiz pandai mengawal suaranya agak tidak menenggelamkan suara Azeva. Keseluruhannya, ini antara rakan duet yang terbaik untuk Azeva.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Hafiz another level.. Berduet dgn Hafiz ibarat tenggelam dgn kehebatan vokal Hafiz. tp azeva boleh duet dengan hafiz, memang hebat tu.. “
” Muara Hati 2026 version.. Terus teringat drama Adam dan Hawa.. kalau ada Aaron Aziz konfem lg ngam.. “
” The best duet Azeva dan Hafiz Suip. Lagu ni susah..jangan bandingkan dgn datuk ct.. dia boleh duet dgn hafiz yg vokal hebat tu.. “
” AZEVA TERBAIK DAH…. Lagu single please lepas ni.. power vocal azeva ni. duet yg terbaik.. Azeva jambu malam ni all out.. “
” Super power la.. omg hafiz, pandai dia ngamkan suara dengan azeva.. best juga azeva feat hafiz ni.. ada aura dia tersendiri.. azeva suara best.. “
” Suara Azeva ni mantap gila ada similarity dgn Dato Ct.. gandingan mantap azeva dan hafiz ni. suara bagus azeva ni.. dia tak perlu nak tiru suara penyanyi asal.. ada suara sendiri yang lunak.. “
” Best gila, dua dua aku suka.. menyala lah azeva. lagu Tokti mmg nampak mcm mudah kan…tp aduhai mmg susah + feel lagi…mencabar sungguh.. azeva dah buat yang terbaik.. “
Persembahan yang memukau daripada Azeva dan Hafiz. Sekali pun tidak berjaya dinobatkan sebagai juara, namun Azeva tetap juara di hati para peminatnya. Azeva boleh melangkah lebih maju dalam industri dengan bakat yang dimilikinya itu. Jangan mengalah dan teruskan perjuangan Azeva untuk menjadi penyanyi berjaya seperti Ameng.

Silakan SHARE..
Sumber : IG f8buzz, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga6 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

