Artis / Selebriti
” Kesiannya Azeva sampai jatuh. Nasib lah tak tersungkur sampai ke bawah.. ” – Komen Netizen
Datuk A. Aida kongsi video insiden Azeva terjatuh sebelum memulakan persembahannya di konsert final TTMM2. Alahai kesian Azeva, bukan sekali jatuh tapi berkali-kali..
Talk To My Manager musim ke 2 (TTMM2) telah pun melabuhkan tirainya semalam yang mana Anggrek dinobatkan sebagai juara. Hussain pula berjaya di tempat kedua, Cik B di tempat ketiga, manakala Azeva pula mendapat tempat keempat dan Kim Khairii pula berada di tempat kelima.
Banyak moment yang tidak terlihat di hadapan kamera dan disimpan oleh artis serta manager mereka. Menerusi perkongsian di akaun Instagram A.Aida Production, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kejadian yang terjadi di sebalik tabir sebelum Azeva memulakan persembahan.
Menerusi video perkongsian itu, kelihatan Azeva sedang berjalan dan terjatuh ketika menaiki tangga di atas pentas. Azeva bingkas bangun dan membetulkan pakaiannya. Memetik komen warganet, mungkin faktor kain Azeva yang agak labuh membuatkan Azeva terjatuh.

Datuk A. Aida turut mencoretkan di ruangan kapsyen memberitahu Azeva jatuh berkali-kali sebelum naik ke pentas. Bukan mudah untuk bergelar penghibur dan ini antara asam garam yang perlu Azeva hadapi. Nasib baik lah tiada apa yang buruk terjadi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Kesiannya Azeva sampai jatuh.. kain labuh sangat tu. Tak menang TTMM tak apa, tetap menang di hati peminat..U alwez win.. “
” Papa aming tak menang tak apa janji ada jop lps ni dan populer kami tetam dgn azeva dan hussain.. “
” Azeva full package.. dia boleh pegi jauh.. kalau blh azeva dan hussain both juara, bkn x pernah jd pun both juara. we want to see both of you success okay. teruskan rajin berlatih. tp kn azeva mcm ada sense of humor.. “
” Azeva dah juara di hati kami.. terbang tinggi azeva bakat awak sngt besar.. memang sepatudnya azeva no1, tapi kalaw azeva no1 takut keluar sibuk tak sempat buat live untuk kami dah.. “
” Ala siannya.. Azeva is my champ also.. Keep shine girl.. Fly high.. The real champ.. Azeva sentiasa juara dihati kami semua.. “
” Bintang sebenar.. x pa nbr berapa pun.. dea dah famous sekarang…. dea ttp juara.. She is my champ.. “
” Kuat semangat Azeva, nasib lah tak tersungkur sampai ke bawah. Kalau tak mesti dah jadi macam buah nangka. Dugaan sebelum perform orang gelar ni hehe.. “
Walaupun jatuh sebelum memulakan persembahan, Azeva tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangannya itu. Tahniah Azeva kerana berjaya meraih tempat ke empat di TTMM2. Semoga Azeva terus berjaya dan menjadi penyanyi yang hebat suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG A.Aida Production
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga6 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

