Connect with us

Artis / Selebriti

” MasyaAllah baiknya, adorable Anggrek buat surprise hari jadi Aisha.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Aisha Retno ketika menerima kejutan sempena hari lahirnya oleh Adira Suhaimi dan anaknya, Anggrek buat ramai terhibur. Sampai melompat-lompat Aisha bila nampak Adira dan Anggrek bawa kek dan bunga. Sayang sungguh Anggrek dengan Kak Aisha dia..

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Adira Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira dan anaknya, Anggrek memberikan satu kejutan hari lahir untuk Aisha Retno. Aisha yang sedang bersiap untuk satu persembahan ini terkejut dengan surprise tersebut.

Ketika Adira, Anggrek dan beberapa orang yang lain memasuki bilik persalinan Aisha sambil menyanyi lagu Happy Birthday. Aisha yang sentiasa energetic dan selalu lincah ini melompat kerana tidak menyangka akan menerima kejutan sebegini daripada Adira dan Anggrek.

Anggrek membawakan sejambang bunga untuk Aisha, manakala Adira pula memegang sebiji kek. Selepas itu, Aisha memotong kek tersebut dan saling bersuapan bersama Anggrek. Memetik komen warganet, Adira tahu menghargai orang yang membantunya dengan caranya tersendiri.

Sebelum ini, Anggrek kali pertama disatukan bersama Aisha di pentas Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Bantuan dan tunjuk ajar Aisha terhadap Anggrek pada konsert minggu itu sangat bermakna dan membuka mata banyak pihak terhadap bakat Anggrek.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Adira ni mmg buat apa2 mesti ikhlas..sbb tu..org sekeliling dia or rakan artis selesa dgn dia..aku tgok dia hargai org yg tolong dia..betul lar..Kita buat baik..org pun akan buat baik..Kita hormat org..org pun akan hormat Kita..semoga melimpah rezeki dia & anak2 dia serta org yg sentiasa bersama atau tolong dia..btw HAPPY BIRTHDAY AISHA RETNO..GOOD LUCK utk AJL.. “

” Masyallah baiknya adorable adik anggerik buat surprise hari jadi Aishahretno loveee Sgt ketiganya, Selamat Hari jadi, adik Aishahretno semoga di pjgkan umur semoga sakses dlm karier semoga di berkati Allah SWT.. “

” Selamat ulang tahun akak aisha retno sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat semoga Allah memudahkan segala urusan sihat selalu murah rezeki dan semoga dpt jodoh terbaik akak aisha retno.. “

” Alhamdulillah org yg baik utk yg trbaik.. Bestnya Adira & Anggerik sporting celebrate Besday Aisya Retno kan. Terbaiklaa Adira…so cute gandingan Aisya & Anggerik kan.. “

” Congrats. Happy 26th Birthday My Dearest Little Sister and My very Talented Idol. May Allah SWT bless and protects you always!!. May all your dreams come true. Keep on shining and glowing.. “

” Suka la attitude Aisha,selalu menghargai org sekekeliling, happy birthday aisha.. moga dimurahkn rezeki dan dipanjangkn umur.birthday aisha sama birthday dgn kte arini.. “

” I need tissue … Happiest birthday aisharetno02 … Wishing you endless joy, good health, abundant blessings, continued success and segala yg terbaik fiddunya wal akhirah … thanks adira.suhaimi n anggrek_adenan i dont even know what to say, looking at both of you truly touched my heart.. “

” Happy Birtthday aisharetno02 . Semoga bertambah rezeki dan semakin cantik & dipermudahkan segala urusan.. suka tengok kemesraan anggrek dengan kakak aisha dia ni.. “

Seronok warganet melihat keakraban Anggrek, Adira dan Aisha ini. Adira sememangnya seorang kawan yang baik dan suka menggembirakan orang-orang di sekelilingnya. Selamat hari lahir Aisha daripada kami di Berita Kopak. Semoga lebih banyak kejayaan yang bakal dicapai oleh Aisha dan termakbul semua impiannya.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Dr Cardin

Trending

Copyright © Berita Kopak