Artis / Selebriti
” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
Video Hussain dan Adira berduet lagu Takdir Tercipta raih pujian ramai. Fuhhh, dua-dua vokal padu. Sedap sungguh lenggok suara Hussain tu, ala-ala Hafiz Suip. Memang ngam dengan suara Adira, meremang dengar..
Hussain Jamilul Hayat, satu nama yang semakin menjadi sebutan warganet setelah kejayaannya menggondol tempat kedua di program realiti TV, Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Vokal Hussain yang lunak dan merdu menjadi kegilaan warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Borakseeni, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hussain bersama Adira Suhaimi. Mereka berdua menjadi tetamu jemputan dalam podcast Borakseeni dan kesempatan ini digunakan untuk mendengar nyanyian duet Hussain dan Adira.
Selama di pentas TTMM2, Hussain tidak pernah berganding suara bersama Adira dan ini kali pertama paduan suara mereka diperdengarkan. Lagu duet popular dendangan Adira dan Hafiz Suip berjudul Takdir Tercipta dinyanyikan semula oleh Hussain dan Adira.

Suara Hussain seperti selalu, tetap merdu dan ada lenggoknya tersendiri yang mampu membuat orang terpegun mendengarnya. Suara Adira pula gemersik dan sepadan apabila digandingkan bersama Hussain. Warganet tidak puas mendengar suara mereka berdua dan merasakan Hussain dan Adira sesuai sebagai rakan duet.
Jom tonton video di bawah :
@borakseeni Uiisshhh tu baruuuu sikit je tau @hussain.jamilul dengan Kak @adira.suhaimi belanja “Takdir Tercipta”😍😍 Itu kalau full pergghhh🔥🔥 Saksikan Borak SeeNI secara langsung, Selasa-Jumaat, 11 pagi di Astro Prima dan strim di Astro Go dan juga di aplikasi seeNi! Download aplikasi seeNI sekarang! Bagi sesiapa yang tidak dapat tengok secara live di TV, boleh juga strim di Youtube Borak SeeNi.
Lebih 16 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Bley wat duet ni.Tunggu komposer wat lagu utk depa..Suara ada ngam tu.. Harap2 jadi realiti..Bley viral ni.. “
” Dua2 suara tinggi.. leh buat single duet ni.. mesti best. Akhirnya duet dgn Mama Anggrek .. ni kalau nt dpt masuk bigstage.. ada duet sila duet berdua.. mcm sedap je.. “
” Si Hussain ni bagi jer lagu apa2.. semua d celah gigi dia jer.. tone suara bersih, clear, merdu, lunak and power Rangers Sgt. bakal pengganti Hafiz shuip dan dato Jamal ni.. tahniah sain.. kipidap, dongibab.. “
” MY FOREVER SINGER CRUSH !!!! ADIRAAA.. wehhh.ni kalau buat lagu duet baru mesti best.. Sedap dan clear betul tone Hussain.. “
” Hussain bijak melenggokan nada..Sb tu sedap..dh jadi mcm lagu dia sdiri.. akhirnyaaa ada juga duet adira dan hussain walaupun sikit.. “
” Merdunya kedua nya macam konsert.. suara macam Hafiz suip. full cover lagu ni pelishh , sesuai suara adira dgn hussain. best duo… tanpa music pun tip top… ami please duet new single please dgn hussain.. “
” ya Allah sedap giler suara Hussain tampa muzik moga ada lagu duet Hussain dgn sapa²artis wanita dgn adira pun ok juga.. “
” Bila dengar Hussain nyanyi lagu Hafiz ni……mcm dia bukan DNA Jamilul Hayat mahu pun Dato Jamal Abdillah.. “
Paduan suara yang harmoni daripada Hussain dan Adira. Seandainya ada komposer yang mencipta lagu duet untuk Hussain dan Adira, pasti akan menjadi siulan ramai kerana kedua-duanya memiliki vokal yang padu. Semoga ada rezeki untuk Hussain berduet bersama Adira suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Borak Seeni
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen

