Artis / Selebriti
” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
Video respon Ajai apabila diminta memberikan komen nyanyian lagu Cinta Di Akhir Garisan oleh Bella Astillah, Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin buat ramai terhibur. Tak sangka itu yang keluar dari mulut Ajai. Berdekah semua gelak, haha..
Baru-baru ini, akaun Instagram Radio Era telah berkongsi sebuah video yang memaparkan telatah Geng 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin bergandingan bersama Bella Astillah menyampaikan lagu berjudul Cinta Di Akhir Garisan. Nyanyian santai mereka itu berjaya mencuit hati ramai dan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Era, Nabil, Pak Azad dan Radin dilihat menghubungi penyanyi, komposer serta penerbit muzik terkenal, Ajai bagi mendapatkan komen mengenai persembahan nyanyian mereka yang tular sebelum ini. Ajai memberikan ulasan secara spontan yang membuatkan ketiga-tiga penyampai radio itu tidak dapat menahan ketawa.
Menerusi panggilan tersebut, Ajai secara berseloroh menyatakan bahawa mereka bukan penyanyi, tetapi penyayang. Komen yang bersahaja itu terus mencetuskan suasana riuh apabila Pak Azad, Nabil dan Radin ketawa berdekah-dekah mendengar ulasan berkenaan.

Tidak hanya itu, Pak Azad sempat mengusik Ajai dengan bertanyakan sama ada mereka bertiga berpeluang untuk bernaung di bawah syarikat rakaman miliknya sebagai penyanyi. Pertanyaan itu sekali lagi mengundang gelak tawa Ajai yang dilihat sukar menahan ketawa mendengar soalan itu.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan meluahkan rasa terhibur mereka setelah mendengar komen daripada Ajai tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Boleh pergi jauh tidak.. Boleh pergi jauh – jauh yer, hahaha gurau2,hehe . Nice je actually.. Haha.. “
” Ajai malu nak kata tapi…. To me… Suara brother2 3PE serasi dgn aura Bella… Manja2 gituuu, hahaha.. “
” Gelak jela mampuu yer Ajai, nak cakap macam tak mampu kan, hahaha.. Adoi lawak betul dengar komen Ajai.. “
” Hahaha, penyayang.. Ok lah tu dpt komen dari Ajai.. Speechless semua orang dengar, haha termasuk aku.. “
” Boleh plak mintak juri ajai bagi pendapat ehh .. Penyayang terus dia bagi.. Pastu nak pula duduk bawah syarikat Ajai, hahaha.. “
” Wehhh memang lawak betul lah, hahahaha.. Pak Azad boleh lagi tanya kan, hahaha bak kata Nabil dan Radin, Ajai diam tu, memang faham sangat dah, haha..
” Yang penting masing2 perform ehh, terbaikk laa.. Penyayang pun ok juga tu, hehee.. Nyanyi santai2, hehe.. “

Lebih mencuit hati, Nabil secara spontan berseloroh mengatakan yang mereka sudah memahami jawapannya kerana merasakan diri mereka tidak layak. Perkongsian video tersebut sekali lagi dibanjiri komen daripada warga maya yang terhibur dengan gelagat bersahaja mereka, malah ramai turut memuji sikap Ajai yang sentiasa melayan gurauan dengan sangat sporting.
Tonton video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah baiknya, adorable Anggrek buat surprise hari jadi Aisha.. ” – Komen Netizen

