Connect with us

Artis / Selebriti

” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

Abby Abadi kongsi video gelagat Munir Akhunov yang turut bersama membantu anaknya, Marissa Dania berniaga secara live raih perhatian ramai. Wah, bersungguh Munir tolong Marissa promote. Dia punya slang dan pelat-pelat cakap Melayu tu comel je dengar..

Perkongsian pelakon Abby Abadi di media sosial menjadi perhatian ramai apabila Abby memuatnaik beberapa gambar dan video bersama anaknya, Marissa Dania serta seorang model lelaki dikenali sebagai Munir Akhunov baru-baru ini. Mereka juga dilihat kerap berkongsi momen bersama,

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Abby, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Munir membantu Abby dan Marissa mempromosikan koleksi blaus. Penampilan Munir menerusi video tersebut mencuri perhatian apabila dia kelihatan bersungguh-sungguh memperkenalkan pakaian yang dijual.

Apa yang lebih menghiburkan, cara Munir mempromosikan blaus berkenaan membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa. Walaupun pertuturannya dalam Bahasa Melayu masih sedikit pelat dan kurang fasih, usahanya untuk berkomunikasi dengan baik telah mengundang pelbagai reaksi positif daripada para pengikut.

Selain itu, warganet memuji sikap sporting Munir yang sanggup membantu mempromosikan produk tersebut. Ada juga yang terhibur dengan gelagatnya yang bersahaja, malah mengakui loghat pelatnya menjadi daya tarikan tersendiri sehingga menjadikan video berkenaan lebih menghiburkan untuk ditonton.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Senyum-senyum sendiri saya tengok, hehe.. Semoga terus berjaya dlm perniagaan dan kaya raya … aamiin.. “

” Mcam ni la Marissa.. Cari lelaki yg sentiasa ada utk kita… Sebab tu mama awk record dan post d media sosial… Makna green light.. Ibu bapa lebih thu mana yg trbaik bt kita.. “

” Nape tdgr cam pakistan jual carpet area umah aku bcakap.. Bunyi n cara ckp cmnila masa mjual, haha.. Aape pon segak dia ni.. “

” Ni bru btl… Kalau jd suami sport isteri niaga… Sama2 jual.. Cri rezeki.. Takda la jual sorg2.. Kih2.. Auchh cweet la.. Npk iklas si bujangan tu..  “

” Dh mcm pak arab yg jual kat mekah tu.. Terus rasa nak beli, pengaruh kuat betul, hahaha.. Moga terus berjaya korang.. “

” Wish you two get together well baru sekufu.. Sama cantik sama padan tau..Semoga yang baik2 sahaja untuk Marissa dan Munir.. “

” Semoga kak Abby dan Marissa sentiasa rapat dan bahagia selamanya. Aamiin.. Cute je tengok anak beranak ni meniaga, Munir tu penyeri, hehe.. “

Dalam masa yang sama, tidak kurang juga warganet yang terus mengusik dengan mengatakan Munir dan Marissa kelihatan sangat sepadan apabila muncul bersama di hadapan kamera. Masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang hubungan mereka, namun kalau ada jodoh pastinya tidak akan ke mana.

Tonton video di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG abbyabadi_112

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

EElhoe Retinol

Trending

Copyright © Berita Kopak