Connect with us

Artis / Selebriti

” Apahal air mata aku jatuh tengok video ni.. ” – Komen Netizen

Video sesi luahan hati Abby Abdi dan anaknya, Marissa Dania buat ramai tersentuh. Sebaknya bila dengar apa yang Marissa luahkan tentang Abby tu.. 

Meninjau di akaun TikTok milik perfumeparadisehq, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan pelakon Abby Abadi bersama anak perempuannya, Marissa Dania. Menerusi video tersebut, kedua-dua beranak itu tampil anggun mengenakan busana sedondon dan ianya menyerlahkan kemesraan dan hubungan erat antara mereka.

Lebih menyentuh hati, video berkenaan turut memaparkan sesi luahan perasaan Abby dan Marissa mengenai hubungan ibu dan anak yang terjalin sejak sekian lama. Pada awal video, Marissa diajukan soalan mengenai perkara yang paling dikaguminya tentang ibunya dan jawapan yang diberikan membuatkan ramai tersentuh.

Menurut Marissa, Abby merupakan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan serta kesejahteraan anak-anaknya. Pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan oleh Abby sepanjang membesarkan mereka menjadi sebab utama Marissa begitu mengagumi dan menghargai insan yang melahirkannya itu.

Tidak hanya Marissa meluahkan rasa kagum, Abby juga berkongsi perkara yang paling dibanggakannya tentang anak perempuannya itu. Kata Abby, Marissa seorang yang sangat baik hati, tabah serta memiliki kekuatan luar biasa dalam menghadapi pelbagai dugaan hidup.

Malah, antara perkara yang tidak akan pernah dilupakannya ialah apabila Marissa yang merupakan bekas pelajar sekolah tahfiz masih mampu menulis semula ayat-ayat suci al-Quran dengan baik, sesuatu yang membuatkan dirinya berasa amat bangga sebagai seorang ibu.

Tonton video di bawah ini :

@perfumeparadisehq

Comel betul Mama Abby & Marissa ni kan 😍 Dua dua kuat untuk menjalani hidup 💪🏻 #perfumeparadisehq #masukberanda #masukberandafyp #fypシ゚ #fyp

♬ original sound – Perfume Paradise HQ – Perfume Paradise HQ

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Apahal air mata aku jatuh tengok video ni.. Itulah ibu… Detail oriented. Ibu boleh bercerita ttg anak2 nya secara teliti. Semua dalam ingatan nya.. “

” Dari riak wajah abby dia terlalu syg ank dia.. Dan dia nk terbaik utk ank dia nmpk abby bhagia tgk ank dia yg skrg kuat dan dewasa dgn kptsn.. “

” Kenapa mata aku masuk habuk ni, tgok dua beranak ni.. Semoga kasih syg bertambah erat ibu dan anak2.. “

” Mulut ibu yang tak pernah berhenti menyebut yang baik-baik tentang anaknya.Asbab doa seorang ibu, Allah mudahkan segala urusan anaknya.. Hargailah ibu awk ya Marissa.. “

” Marissa ni Manja n lembut semulajadi cara dia bercakap body language nampak tulus…. Bertuah sebenarnya siapa dapat Marissa ni.. “

” Suka tengok kebahagiaan ibu dan anak..Semoga terus bahagia hingga ke jannah… Sentiasa dimurahkan rezeki.. “

” Kalau aku di tempat marisa, dpt soalan mcmni,  sblm aku cakap aku nngis dlu, dgn apa yg mama dia lalui, dgn apa yg dia dh buat tapi mama dia tetap pilih dia dlm apa jua keadaan dan posisi, yg sokong dia.. “

Perkongsian penuh emosi itu nyata meraih perhatian ramai. Warganet tersentuh melihat keikhlasan Abby dan Marissa meluahkan rasa kasih sayang serta penghargaan antara satu sama lain. Selain itu juga, ada yang mendoakan agar hubungan ibu dan anak ini terus dipelihara, sentiasa diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada masyarakat tentang indahnya kasih sayang serta kemaafan dalam sebuah keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok perfumeparadisehq

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak