Artis / Selebriti
” Kelakar la time mata panda tu. Masuk air betul Azeva ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Azeva Natassha unboxing kostum dan aksesori yang dipakainya buat ramai terhibur. Random betul lah perangai Azeva ni. Part mata panda tu serius kelakar..
Sejak menyertai program Talk To My Manager 2 sehinggalah diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Big Stage Rocketfuel, personaliti Azeva semakin mendapat perhatian ramai. Sikapnya yang ceria, ‘gila-gila’ serta gemar mencetuskan gelagat spontan di media sosial membuatkan namanya semakin dikenali dan disenangi peminat.
Terbaru, Azeva sekali lagi mencuri perhatian apabila memuatnaik video ‘unboxing‘ dirinya sejurus selesai mengendalikan program tersebut. Menariknya, video berkenaan bukan sahaja memaparkan rutin hariannya selepas bekerja, malah turut diselitkan dengan celoteh dan aksi spontan yang mengundang gelak tawa.
Menerusi perkongsian itu, Azeva dilihat membuka busana persembahan yang dipakainya sebelum membersihkan solekan di wajah sebagai persediaan untuk berehat. Walaupun videonya ringkas, cara penyampaiannya yang bersahaja membuatkan ramai tidak jemu menonton setiap video yang dimuatnaik.

Apa yang paling mencuit hati warganet adalah telatah Azeva ketika membersihkan solekan di wajahnya. Sisa solekan yang masih belum hilang sepenuhnya membuatkan wajahnya kelihatan seperti mata panda yang comel sehingga mengundang gelak tawa di kalangan peminat.
Tonton video di bawah ini :
@azeva.nt Unboxing Week 3 of Big Stage ✨ Thank you, Astro, and everyone involved for making this happen 🤍
♬ Stateside Zara Larsson Official Instrumental – Dan Swift Del Rey
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video Azeva ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kelakar la time mata panda tu. Masuk air betul Azeva ni, haha.. Tak sangka benda paling penat hari ni bukan kerja… tapi asyik refresh sebab tunggu unboxing Azeva.. “
” Makin kelakar ye video unboxing dia.. Suka betul tgok dia unboxing lps show… Rajin dia buat.. Kita pun sanggup tunggu.. “
” Semalam Azeva sama sungguh lahai ngan a.aida masa muda.. Cantik sgt.. Tanjat tgk.. Nasib baik mata nya mata papameng. Jadi tu je la yg lain sikit.. “
” Adik, knp awak ni cute sangat, haha sempoi betul lah awak ni Azeva.. Kakak suka, awak jadi diri sendiri mcm ni.. “
” Rambut depan gtu.. Sebijik mama dia masa muda2 dulu.. Sebijik mcm makk diaaa bile pakai macam niii.. “
” Cute laaa azeva dgn kuku cawan dia.I can see yr mum sblm u wash off yr make up.. Part mata tu aku tergelakk, maafkan saya tauu hahahahaha.. “
” Part mata tu aku tergelakk maafkan saya tauu hahahahaha.. Azeva ni dia kdang nmpak mcm ada penampakan kak Lina pom pom.. “
Ketika ramai berlumba-lumba menghasilkan content yang sempurna, Azeva membuktikan bahawa sikap menjadi diri sendiri sudah cukup untuk mencuri hati ramai. Tidak hairanlah setiap perkongsiannya sentiasa dinanti-nantikan, malah ada yang berharap Azeva akan terus menghiburkan peminat dengan telatah yang menceriakan hari mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok azeva.nt
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” When I love your mum, I also need to get your permission.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” If we don’t get to meet you again in this dunya, Insha Allah we will.. ” – Ibu Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti6 days ago” Memang tak sangka dalam kotak tu Jihan, sebab suara dia menyanyi lain sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak mama, Marissa Dania datang menolong semalam. Sajalah bagitahu, hihi.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen

