Artis / Selebriti
” Suka Azeva sebab dia tak control ayu dan jadi diri sendiri. Perangai bapak kelakar yang random.. ” – Komen Netizen
Video Azeva Natassha unboxing kostum dan aksesori gaya Lady Gaga yang dipakainya ketika persembahan TTMM2 Minggu ke 8 buat ramai terhibur. Random dan lawak sungguh lah Azeva ni, macam Papa Meng jugak. Part rambut tu paling susah nak bukak, haha..
Persembahan minggu 8 program Talk To My Manager musim ke 2 menyaksikan Azeva Natassha tampil dengan transformasi luar biasa apabila membawakan watak ikonik Lady Gaga menerusi lagu popular Bad Romance. Azeva mengenakan kostum berwarna merah dan memakai rambut palsu berwarna putih.
Selain berjaya menarik perhatian menerusi persembahan bertenaga di atas pentas, satu video yang memaparkan Azeva membuka pakaian, aksesori dan rambut palsu selepas persembahan turut menjadi perhatian ramai. Gelagatnya ketika menanggalkan pelbagai aksesori yang digunakan sepanjang persembahan mencuit hati netizen dan mengundang pelbagai reaksi lucu di media sosial.
Ramai yang tidak menyedari bahawa transformasi menjadi Lady Gaga bukan sekadar melibatkan solekan dan pakaian unik, malah turut memerlukan penggunaan aksesori serta gaya rambut yang rumit bagi memastikan penampilan menyerupai bintang antarabangsa itu.

Proses menanggalkan semula semua elemen tersebut selepas persembahan ternyata bukan tugas yang mudah. Bahagian rambut menjadi antara perkara yang paling mencuri perhatian apabila Azeva dilihat mengambil masa untuk membuka dan meleraikan aksesori yang dipakai.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :
” Kak vee tggu content ni la setiap kali habis show …ni lawakkk.. Masha allah sebiji muka mak nya, Rambut tak tercabut gais, She slay tonight.. “
” Macam tahu je kiteorang risau rambut tu tercabut.. suka Azeva sebab dia xcontrol ayu dan jadi diri sendiri. Memang trtggu time dia bukak smua hbis show.. “
” Jadi diri sendiri, ikut kepala sendiri… inshaaAllah awk akan enjoy the jOurney… Azeva ni lucu + matang …teruskan mcmni dik..bnyk muka ibu dia.. “
” Hahahha aku kan budak ni kalau lalu kat wall..hahaa lawak betul .. Awk kan muka mak cantik tp prangai bapak klakar yg random… Xsangka2 gitew… “
” Part Milo tu kita geng la ..tpi sya minum 3x seminggu tanpa susu n gula..tk mau pekat2 nti membuang pyh good luck azeva.. “
” Alhamdulillah. Tahniah azeva.nt successfully unboxing diri anda dari Adele ke Azeva, Tahniah jugak dapat harungi minggu ini dengan tabah, you gempak girl, akak boleh nampak betapa release nya perasaan Azeva lepas habis event ni.. “
” Hahaha I am so looking forward to every of ur self unboxing so FUNNY! WTH… TK BORING! SUCH A JOKE LA. ALL THE BEST TO THE FINAL. IN SHA ALLAH.. “
Di sebalik gelak tawa yang tercetus daripada video tersebut, ramai mengakui usaha untuk menjayakan transformasi sehebat itu sememangnya memerlukan kesabaran, kreativiti dan komitmen yang tinggi. Azeva berjaya membuktikan bahawa setiap persembahan yang memukau memerlukan kerja keras. All the best buat Azeva.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azeva
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

