Artis / Selebriti
” Saya okey je, asalkan dia matang dan.. ” – Azeva
Video reaksi Zaki Yamani ketika Azeva memberitahu ciri-ciri lelaki idamannya buat warganet terhibur. Sampai terbatuk-batuk Zaki dibuatnya. Blushing teruk, dah tak boleh cover, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan anak perempuan kepada Datuk A. Aida dan Ameng Spring iaitu Azeva Natassha, pasti mengetahui bahawa namanya kini sering dikaitkan dengan anak lelaki penyanyi legenda, Dato’ Jamal Abdillah, Ahmad Zaki Yamani. Hubungan rapat yang terjalin antara mereka berdua turut menjadi perhatian ramai, malah sering mengundang pelbagai reaksi daripada para peminat di media sosial.
Meninjau di akaun TikTok milik faycybeautyhq, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan sesi temubual bersama Azeva dan Zaki. Menerusi perkongsian tersebut, kedua-duanya dilihat begitu santai melayan soalan yang diajukan dan mencuri perhatian warganet yang mengikuti perkembangan mereka.
Menerusi video pertama, Azeva ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idamannya. Tanpa berselindung, Azeva mengatakan dirinya menyukai lelaki yang matang dan mempunyai keperibadian yang baik. Namun, Azeva turut berseloroh apabila mengatakan dia tidak menyukai lelaki yang kerap batuk dan ianya mengundang gelak tawa mereka yang berada di situ.

Mendengar jawapan tersebut, Zaki dilihat begitu terhibur dan secara spontan sengaja membuat bunyi batuk dengan kuat sebagai usikan kepada Azeva. Gelagat bersahaja Zaki itu membuatkan suasana temu bual menjadi lebih ceria dan menghiburkan. Ramai juga yang terhibur melihat kemesraan serta keserasian mereka ketika berinteraksi.
Tonton video di bawah ini :
@faycybeautyhq Ciri ciri lelaki idaman Azeva🫣🤣#faycybeauty #fyp #fypシ #masukberandafypシ
@faycybeautyhq Ciri ciri wanita idaman Zaki🫣🤪#faycybeauty #fyp #fypシ #masukberandafypシ
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut :
” Zaki mudah terhibur.. Ciri2 lelaki idaman Azeva Semua ada pd Zaki.. Azeva cantik & baik mcm ibubapa dia.. “
” Kenapaa yg tepi tu blushingggg.. Mesti zaki ckp aku la tu ciri2 yg ada.. Hahahahaha lawak betul tengok reaksi Zaki.. Eh2 malu2 plk.. “
” Zaki ok ka tak tu.. Yg feeling lebih2 tu kenapa, hahahahaha.. Betul2 blushing tu Zaki, dah tak boleh cover.. “
Selain itu, Azeva turut menjelaskan bahawa antara ciri-ciri lelaki yang paling penting baginya adalah seseorang yang menghormati kedua ibu bapa. Menurutnya, sikap menghargai dan menyayangi keluarga merupakan satu nilai yang sangat penting dalam sesebuah hubungan, selain mencerminkan keperibadian seseorang individu.

Menerusi video kedua pula, Zaki berkongsi ciri-ciri wanita idamannya. Kata Zaki, dia menyukai wanita yang rajin bekerja, mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mampu berjaya bersama-sama dalam kehidupan. Ramai warganet berpendapat mereka mempunyai pandangan yang matang mengenai pasangan hidup idaman masing-masing.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok faycybeautyhq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti2 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

