Connect with us

Artis / Selebriti

” Tersembur air teh ais Acik dengar. Kan mendapat, tapi comel je Tiara.. ” – Komen Netizen

Video Tiara Zinnirah mengenakan ayahnya, Achey Bocey buat ramai terhibur. Macam tu je Tiara gula-gulakan ayah dia. Part last tu tak sangka Achey buat macam tu kat Tiara. Geram sangat tu, haha..

Bagi yang mengikuti perkembangan pelawak terkenal, Achey Bocey, pasti mengetahui bahawa Achey sering berkongsi pelbagai momen bersama anak kesayangannya, Tiara Zinnirah di media sosial. Hubungan rapat antara Achey dan Tiara sering menjadi perhatian ramai. Tidak hairanlah setiap video yang dimuatnaik oleh mereka sering mendapat sambutan hangat daripada para pengikut.

Terbaru, menerusi akaun Instagram milik Tiara, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan gelagat mencuit hati Tiara ketika mengenakan bapanya. Menerusi rakaman tersebut, Tiara dilihat berulang kali bertanya kepada Achey sama ada dia sudah bersiap atau pun belum. Pertanyaan yang diajukan secara berulang kali itu membuatkan Achey mula berasa sedikit geram dengan kerenah anaknya itu.

Namun begitu, Achey tetap melayan pertanyaan Tiara dan menjawab bahawa dia sedang bersiap. Ketika itu, Tiara secara tiba-tiba menyanyikan lagu yang sedang hangat menjadi siulan ramai iaitu Rollerblade, nyanyian kumpulan No Na dari Indonesia. Nyanyian spontan Tiara itu pada mulanya tidak disedari maksudnya oleh Achey sehingga dia mula memahami bahawa anaknya sebenarnya sedang mengenakan dirinya.

Sebaik menyedari dirinya telah terkena dengan usikan Tiara, Achey terus ketawa. Dalam masa yang sama, Achey sempat membaling tuala yang sedang dipegangnya ke arah Tiara sebagai tanda gurauan balas. Melihat reaksi bapanya itu, Tiara terus berlari meninggalkan Achey sambil ketawa.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Aku lah kan budak ni, sekali aku terbahak-bahak gelak. Awk dah buat aunty happy pagi2 nie… Siapa ulang2 banyak kali angkat tangan.. “

” Adoi tiara, awak ni… Teruskan lagi sakat ayah. Anak perempuan aku dah jadi pelapis Tiara skrg.. Suka ikut abah dia pegi solat jumaat kt masjid.. “

” Hahahaha… Acik tgk byk kali Tiara oooiiii… Berdekah acik gelak. lorrrh…. Tertibe terbuat trend yg tgh viral tanpa sedar la eaa.. “

” Kan mendapt, tp comel je Tiara.. Miss Lawak Junior Mega macam tu je kena kan Maharaja Lawak Mega, hahahahaa comel sangat.. “

” Hahahahaha.. Tiara dh boleh ganti ayah ….Tersembur air teh ais acik dgr . Auntie tgk bnyk kali bior bnyk kali ayah awk baling towel hahaha.. “

” Teruskan sakat ayah Tiara terhibur dikala tengah stress ni .. Ayah lemporrr tuale kat ko dik Tiara.. Hahha.. Gewamm ayah tu Tiara.. “

” 2 beranak ni kalau acik tengok memang ketawa ajer kami.. Jalan2 dgn sepatu rodakuuuu Hahahahahahaha terkena Achey dgn Tiara.. “

Selain itu, ramai yang mengatakan Tiara mewarisi sifat kelakar dan spontan yang dimiliki oleh Achey. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa gelagat dua beranak ini sememangnya tidak pernah gagal menceriakan hari mereka. Keakraban dan kemesraan yang ditunjukkan oleh Achey dan Tiara turut membuatkan ramai berasa terhibur serta kagum melihat hubungan erat antara bapa dan anak itu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG tiara.zinnirah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak