Artis / Selebriti
” Semangat betul Tiara menyanyi. Siap gelek tu paling cute tengok, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah comel anak Achey, Tiara Zinnirah menyanyi ketika di majlis Meet & Greet Jakel di Sabah buat ramai terhibur. Amboi Tiara, dapat mikrofon terus lupa diri yer, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik Jakel, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan telatah comel anak kepada pelawak terkenal, Achey Bocey iaitu Tiara Zinnirah yang sedang menyanyi. Menerusi perkongsian tersebut, Tiara dilihat menyampaikan lagu raya terbarunya yang berjudul Nak Balik Raya dengan penuh ceria.
Menerusi video-video berkenaan, Tiara tidak bersendirian ketika menyanyi, Tiara turut ditemani oleh kedua ibu bapanya yang setia memberi sokongan, selain kehadiran kumpulan pelawak popular Senario yang sama-sama memeriahkan suasana.
Apa yang lebih mencuit hati, ketika Tiara mula menari mengikut rentak lagu tersebut, ahli kumpulan Senario juga tidak melepaskan peluang untuk berjoget bersama. Gelagat spontan mereka menjadikan suasana bertambah riuh dan penuh gelak tawa.

Gelagat Tiara ketika membuat persembahan turut menarik perhatian ramai. Ramai yang terhibur melihat aksi comel Tiara yang dilihat tidak kekok beraksi di hadapan kamera dan berkeyakinan tinggi ketika menyanyi. Sehingga kini, video-video Tiara itu telah menerima ratusan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian Tiara menyanyi dan dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Semangat betul Tiara menyanyi. Siap gelek tu paling cute tengok, haha.. Riuh rendah jadinya tahun ni dengan duta2 Jakel.. “
” Wahhhh meriah terus Tiara.. Siap ada pakcik2 Senario lagi menari sama2 dengar Tiara menyanyi.. Hahahaa.. “
” Jakel kene up payment pd tiara hahaha dsbbkn tiara tak jemu tgk story Jakel.. Ada je bt gelak ketawa tgk karenah tiara.. “
” Hehehe siap gelek yer kau Tiara sambil menyanyi.. Haaha Abang Lan Pet Pet punya kerja lah ni.. Smgt org nk balik raya.. “
” Tiaraaa ok2 balik jangan tak balik raya k tiara.. Suka lah tengok perangai Tiara ni.. Confident dia tinggi betul.. “
” Raya paling kecoh tahun ini adalah Jakel.. Meriah betul marketing dia buat.. Tahniah, sangat menarik tau.. “
” Tiara, kenapa comel sangat.. Kemain lagi rap, hahaah.. Penghibur betul Tiara ni.. Jakel kena bayar payment lebih dekat Tiara, sebab siap buat extra show ni, haha.. “
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang terhibur dengan telatah Tiara serta kemeriahan suasana yang tercetus apabila semua yang berada di situ turut sama-sama melayan Tiara menyanyi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jakeltextile
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden

