Artis / Selebriti
” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
Video telatah Akira Juwita Zahra ‘mengadu’ kepada mummynya, Watie Hanifiah buat ramai geram. Alahai Akira, pandai betul dia berborak. Macam faham je apa yang mummy tengah cakap tu. Comel sangat, tak diam mulut tu..
Bagi yang mengikuti perkembangan isteri kepada pelawak terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah, pasti mengetahui yang Watie sering berkongsi momen-momen bersama anaknya, Akira Juwita Zahra di media sosial. Setiap perkongsian mengenai si comel itu sering mencuri perhatian dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet.
Terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Watie telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang meluangkan masa bersama Akira. Menerusi rakaman tersebut, Watie dilihat mendukung Akira sambil berbual-bual dengan anaknya itu.
Lebih mencuit hati, di ruangan kapsyen, Watie sempat berseloroh dengan mengatakan dia sendiri tidak pasti sama ada Akira kini menjadi teman berboraknya atau sebenarnya dia yang menjadi teman berbual si kecil itu. Gurauan tersebut menghiburkan para pengikutnya.

Apa yang paling mencuri perhatian adalah telatah Akira yang begitu petah ‘berceloteh’ mengikut caranya sendiri. Walaupun baru berusia tiga bulan, mulutnya tidak henti-henti mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang berbual dengan ibunya. Keletah comel itu membuatkan ramai warganet tidak dapat menahan rasa geram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. Membesar dengan sihat yer Akira, jadi anak solehah.. “
” Nanti dah pandai cakap grenti kuat sembang ni, hahaha.. Habis lah mummy, lepas ni macam2 lagi lah Akira ajak borak, hahaha.. “
” Comey.. Akira pandai borak dah.. Tidakkkkkk jangan kerana ini sy tambah baby lagi.. Cukuplah skrg dh jadi singaaaa, ala gerammmmmm.. “
” Ni kalau dgn daddy mesti Akira tengok ja muka daddy je, hahaha…. Kalau dengan mummy ramah kemain dia yer, hahaha.. “
” MasyaAllah tabarakallah comelnya. Cepat betul membesar, rasanya mcm baru je tgk Akira dilahirkan.. “
” ALA dah pandai gelak gelak. Little Suib ha ha comel sangat dan gebu.. Geramnya tengok Akira ni, comel sangat2 dia.. “
” Da sembang macam ni memang Tak buat kerja lain la gamaknya.. Muka sebiji dady ini pandai nak borak cute baby Akira.. MasyaAllah comel sangat.. “
Selain itu, ramai yang memuji Akira sebagai bayi yang sangat aktif, ceria dan bijak. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Akira membesar menjadi anak yang solehah, sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta menjadi penyejuk hati buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak mama, Marissa Dania datang menolong semalam. Sajalah bagitahu, hihi.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

