Artis / Selebriti
” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen
Video sekitar majlis pernikahan anak sulung penyampai radio terkenal, Faizal Ismail, Nur Khairina Iman raih perhatian ramai. Wah dah besar dah Kayna, cantiknya Kayna. Part FBI bersalaman dengan Kayna tu sebak sangat..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Zayan, telah dikongsikan beberapa video sekitar majlis pernikahan anak perempuan, penyampai radio terkenal, Faizal Ismail atau lebih mesra disapa FBI, Nur Khairina Iman. Majlis pernikahan Nur Khairina yang mesra dipanggil Kayna bersama lelaki pilihannya berlangsung dalam suasana penuh indah di sebuah masjid di Cyberjaya pada hari ini.
Pada hari bersejarah itu, kelihatan kedua-dua mempelai tampil anggun mengenakan busana serba putih, manakala ahli keluarga Faizal pula sedondon mengenakan persalinan berona kuning pastel. Majlis yang berlangsung dengan penuh sederhana namun meriah itu turut diserikan dengan suasana syahdu sehingga mengundang rasa sebak di kalangan ahli keluarga dan tetamu yang hadir.
Momen paling mencuri perhatian sudah pastinya ketika Faizal tidak dapat menahan air mata apabila puteri sulungnya datang bersalaman sebelum memeluknya erat dan jelas terpancar kasih sayang yang begitu mendalam antara seorang bapa dan anak itu.

Selain itu, ramai juga mengakui mereka turut tersentuh melihat reaksi Faizal yang begitu sukar melepaskan anak sulung kesayangannya. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian video- video di bawah ini :
Meninjau ke ruangan komen, para peminat tidak ketinggalan menzahirkan ucapan tahniah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tahniah fbi & kak Lina Terima menantu.. Dr kayna kecik ye tgk dia, skrg dah jadi isteri orang. Semoga perkahwinan kekal ke syurga.. “
” Alhamdulillah. Tahniah FBI dan isteri terima menantu. Slmt Pengantin Baru utk kedua2 mempelai.. Semoga bahagia hingga ke syurga.. “
” Alhamdulillah, Tahniah FBI n isteri menerima menantu, Selamat Pengantin Baru Kayna & suami.. Barakallah hingga ke Syurga Allah.. “
” Alhamdulillah & Tahniah buat Faizal sekeluarga..Dah besar anak dara ni, Auntie follow dr awak kecik… Selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke Jannah.. Aamiin.. “
” Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fi khair. Semoga Allah memberkati ikatan perkahwinan ini, menganugerahkan zuriat yang soleh dan solehah, serta mengurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.. “
” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. Tahniah kakak, semoga menjadi isteri solehah dan berbahagia hingga ke syurga firdaus.. “
” Alhamdulillah.. Tahniah FBI & Isteri dpt menantu lelaki.. Semoga kedua2 pengantin diberkati Allah dan berbahgia hingga jannah… Aamiin.. “
Perkongsian momen indah pernikahan tersebut bukan sahaja menjadi kenangan buat keluarga, malah turut menerima limpahan doa daripada orang ramai yang berharap agar pasangan pengantin ini dikurniakan rumahtangga yang kekal bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zayan.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

