Artis / Selebriti
” Bakal pengantin diraja bulan October nanti. Cantiknya Tengku Natasya ni, muka mamanya.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Berjalan Beriringan Bersama Bakal Isterinya, Tengku Natasya Raih Perhatian Warganet. Sama Cantik Sama Padan Bakal Pengantin Diraja Ni !!
Istiadat Merenjis merupakan penutup untuk Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang YAM Tengku Puteri Afzan semalam. Ramai yang hadir ke balairong untuk meraikan pasangan pengantin baru itu termasuklah bakal isteri YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad iaitu Tengku Natasya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Bbyj.nita, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana para jemputan mula memasuki balairong istana untuk Istiadat Merenjis. Kelibat Tengku Adnan Tengku Mansor dan isterinya, Datin Enny Beatrice juga turut kelihatan menerusi video ini.
Tengku Muhammad tampil bergaya dalam baju Melayu berwarna biru dan turut mengiringi Tengku Natasya. Kedua-duanya kelihatan sedang berbual sambil menaiki tangga. Wajah gembira Tengku Muhammad apabila berada di samping bakal isterinya itu jelas terpancar.

Untuk makluman semua, Tengku Muhammad dan Tengku Natasya bakal disatukan pada bulan Oktober nanti. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh bonda Tengku Muhammad, Tunku Azizah Aminah Maimunah beberapa bulan lepas. Semakin bertambah lah menantu Tunku Permaisuri selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
@bbyj.nita Awww tu diaaa .. Bakal Pengantin Bln 10 nnti 😍♥️✨ #tengkumuhammad #tengkunatasha #fyp #viral #perkahwinanDiraja
♬ bunyi asal – ✍️ lirik lagu 🎶 Sis Ena – ✍️ lirik lagu Sis Ena 🎶
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aish pegang baju pulak dah.. I tak sabar nak tengok wedding diaorang nanti.. hati hati tengku jangan sampai jatuh hehe.. ”
” Cantik sanggul dia.. Ala tak sabarnya tunggu bulan 10. Makeup dia je nmpak garang, klau makeup light dan tak makeup mcm iras puteri aisyah pelakon tu.. ”
” Nampak garang bila serius je.. bila senyum manis.. Laa.. Datin Enny Beatrice la ya.. Mak Tengku Natasya.. ”
” Amboi bakal pengantin diraja bulan October nanti. So sweet, macam pinang dibelah dua.. ”
” Cepatlah sikit bulan 10.. sweet muka seiras.. cantiknya tengku natasya ni, muka mamanya.. ”
” Sweetnya tapi boleh tak hormat orang single haha.. sabar jelah.. Tengku Muhammad terlalu sweet.. ”
” Tengok cara Tengku Muhammad pandang Tengku Natasya tu, aww sweetnya.. aduh jelous pulak tengok haha.. ”
Majlis perkahwinan Tengku Afzan sudah berakhir dan semua menantikan untuk hari istimewa Tengku Muhammad pula selepas ini. Semoga segala yang dirancangkan untuk bakal pengantin ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok bbyj.nita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

