Artis / Selebriti
” Terimbau zaman kecil tengok benda ni. Sentuhan Reka Teemor always amazing.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Reka Teemor Mengenai Adat Sireh Lat Lat Untuk Majlis YAM Tengku Puteri Afzan Raih Perhatian Ramai. Bukan Biasa-Biasa Bekas Sireh Yang Digunakan, Sudah 100 Tahun Usianya. Rupa-Rupanya Ada Simbolik Di Sebalik Sireh Lat Lat Yang Ramai Tak Tahu !!
Berakhir sudah 3 hari majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang antara YAM Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham. Reka Teemor diberikan mandat untuk menyiapkan gubahan bahan hantaran pihak pengantin perempuan. Reka Teemor yang selalu optimis untuk melakukan yang terbaik mendapat pujian ramai.
Menerusi perkongsian terbaru Reka Teemor di akaun Instagramnya, telah dikongsikan sedutan video ketika FD Idzham memasuki balairong istana untuk majlis merenjis semalam. Jika selalunya pengantin perempuan akan memegang bunga tangan, untuk majlis Tengku Afzan ini sireh Lat Lat dihasilkan untuk pengantin diraja ini.
Coret Reka Teemor di ruangan kapsyennya, bekas sireh yang digunakan pada majlis ini sudah berusia 100 tahun dan ia adalah kepunyaan Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Sireh Lat Lat adalah adat lama yang sudah semakin dilupakan.
Gabungan daun sireh, bunga pinang, kapur dan gambir serta bungaan menghasilkan sireh lat lat yang indah. Gubahan Reka Teemor selalu membuatkan semua kagum dengan seni tangannya itu. Idea yang kreatif dan boleh dijadikan rujukan untuk bakal pengantin lain.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini lebih 5000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Zmn sy buat bridal dlu pnh sy deco kan sirih lat lat ini tp sy gantikan dgn cucuk2 sgul klasik.. pgantin ada ktrunan krabat phg jgk.. so fun & new knowledge fr me masa tuu.. ”
” Org dulu …panggil bunga lat lat ..bunga tangan yang dipegang pengantin lelaki.. suka tengok cantik sangat hasil tangan reka teemor.. ”
” Love teruk, naik pelamin for next anniversary Faiz hehe.. kami panggil sireh gatal haha.. Reka Teemor selesai dengan class tersendirinya, terbaik lah.. ”
” Saya kawin jua ada bunga pinang.. sebentuk cincin emas dan senilai wang rgt.. bunga pinang ni dulu masuk sbelum pengantin lelaki masuk.. dan cincin tu akan diberi kepada anak sulung ketika dia kahwin nanti.. ”
” Allahuakbar always cantik dan lain dari yang lain…… yang luar biasa tu jadi menarik sangat.. tak pernah tak cantik.. Patin goreng sedap stim, sedap gulai tempoyak apatah lagi.. ”
” Betul lah.. sekrg ni dah x de langsung nampak pengantin lelaki bawa gubahan tangan bunga daun sireh ni. Masa akk kawin dolu pun dah x ada.. ”
” Alhamdulillah terimbau zaman kecik2 tgk benda ni. Terbaik KDYMM Tuanku Azizah mengembalikan nostalgia yg semakin dilupakan. Sentuhan rekateemor always amazing.. ”
Ramai di kalangan generasi baru yang langsung tidak tahu mengenai adat lama ini. Sedikit sebanyak perkongsian oleh Reka Teemor ini memberi ilmu baru untuk semua pembaca. Apa-apa pun, tahniah Reka Teemor atas segala usaha yang telah dicurahkan dan ia akan menjadi kenangan manis untuk semua yang terlibat dalam majlis Tengku Afzan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Reka Teemor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Siap beriba dengan Tengku Ahmad, first time tengok ni. Tengku Ahmad sekali kena siram.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya dah mula sayang dengan Kilauan Emas, tup tup masa saya dah habis.. ” – Roy Azman
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Apasal aku nangis dengar nasihat Fattah tu. Allah uji dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kenapa pulak air mata aku yang bergenang ek. Part last tu rasa sebak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Laju Fattah lari, nak putus nafas dah kawan tu kejar. Nabil main tipu pun kalah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Really amazing performance. Meremang bulu roma dengar suara Shila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Sayang Fatima, bila kau membesar, aku pasti kau tidak akan menyalahkan sesiapa.. ” – Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia rindu Fatima sangat tu. Sedih tengok Fattah.. ” – Komen Netizen