Artis / Selebriti
” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
Perkongsian terbaru di akaun Instagram arwah Siti Sarah Raissuddin sempena hari lahir Ayash Affan yang ke 5 tahun undang sebak ramai. Sebaknya baca kapsyen, tengok video dan gambar Ayash sejak lahir sampai sekarang..
Masa berlalu pergi dan dalam kita tak sedar, sudah 5 tahun usia anak bongsu arwah Siti Sarah Raissuddin, Ayash Affan. Ayash yang lahir ketika negara dilanda wabak C0vid-19 ini antara anak yang menjadi tumpuan ramai kerana Ayash dilahirkan secara pra-matang ketika arwah Sarah ditidurkan.
Hari ini genap lah usia Ayash yang ke 5 tahun. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin dan Suciuwais, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Ayash ketika baru lahir sehingga lah sekarang.
Ruangan kapsyenn mengimbau kembali kenangan ketika Ayash dilahirkan. Ayash yang pernah terhenti jantungnya seketika dan ianya mencetuskan keadaan cemas buat Shuib ketika itu. Namun takdir Allah, jantung Ayash kembali normal dan si kecil ini berjuang tanpa kehadiran ibu di sisi.

Banyak suka duka yang dilalui oleh Shuib sekeluarga dalam membesarkan Ayash. Ucapan terima kasih juga turut dicoretkan kepada mama Shuib, nenek Salmi kerana sanggup mengambil tanggungjawab menjaga Ayash sejak bayi sehingga kini. Ayash hilang ibu, namun tetap dapat kasih sayang yang menggunung daripada seluruh ahli keluarga.

Lebih 14 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Zmn ni dlu aku mmnjg ngis klau bkk ig arwah..dh 5thn blalu..hppy bfday ank soleh..moga mnjdi ank yg bguna dunia akhirat..alfatihah buat sarah.. “
” Three days after this lah mataku bengkak. Iwas literally bawling my eyes out out nonstop al Fatihah to s.sarah happy bday sayang. Ayash.. “
” Masa ayash lahir satu malaysia tgk bertapa besar kuasa Allah , saat ibu melahirkan ayash .. semoga membesa menjadi anak yg soleh bijak pandai ye nakk.. “
” Happy birthday ayash…awk tau tak..1 malaysia doakan awk..dan, awk tau tak..ibu awk sangat hebat? alfatihah utk siti sarah.. “
” Sedihnyaaa semoga Ayash terus ceria membesar dgn keluarga tercinta.. alfatihah utk ibu.. Happy Birthday miracle baby Ayash Affan.. “
” Happy birthday Ayash Affan. Teringat 5 tahun dulu beberapa hari kita tak tido mlm tunggu berita arwah mama awak. Moga membesar menjadi anak yg hebat.. “
” Mse sy status shuibsepahtu update keadaan sitisarahraissuddin dkt hspital sy nangis…. Sy berdoa siti sarah kuat lawan sakit…. Sbb pregnant sama2 dgn siti sarah dan sy jgk kena covid masa tu… masa bersalin sy trus letak nama ank sy nur adira sarah… sarah tu buat sy ingt dkt siti sarah….smoga arwah bahagia di syurga.. “

Betapa ramainya yang mengimbau kenangan ketika Ayash dilahirkan. Debaran yang dirasai dan rasa syukur apabila Ayash berjaya mengharungi waktu sukar untuk hidup. Selamat ulangtahun kelahiran buat Ayash Affan dan semoga Ayash menjadi anak yang soleh.
Ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya )
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin, IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah baiknya, adorable Anggrek buat surprise hari jadi Aisha.. ” – Komen Netizen

