Artis / Selebriti
” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
Video Amad Dayyan menyanyi lagu kumpulan Spring, Romantis secara live raih pujian ramai. Wah suara Amad dah pecah, dah macho suaranya. Sedap sungguh lagu Romantis versi Amad..
Amad Dayyan atau lebih mesra dengan sapaan Amad mempunyai ramai peminat. Sebelum Amad menyertai program Talk To My Manager (TTMM) lagi, Amad sudah viral di media sosial kerana kelunakan suaranya. Pada ketika itu, suara Amad belum pecah dan masih nyaring.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok norules, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amad menyanyi secara live diiringi sebuah kumpulan band di sebuah restoran. Amad kini menetap di Kuantan bersama ayahnya dan bersekolah di sana.
Menerusi video perkongsian ini, Amad mendendangkan lagu nyanyian asal kumpulan Spring berjudul Romantis. Suara Amad yang sudah pecah dan matang ini dipuji oleh warganet. Lunak merdunya masih sama seperti dahulu dan Amad semakin selesa dengan suara barunya itu.

Memetik komen warganet, suara garau Amad ini kedengaran seperti suara Mamat Exist ketika zaman remaja dulu. Tidak puas warganet mendengar suara Amad itu. Lagu begini sesuai dengan vokal Amad. Terubat kerinduan peminat apabila mendengar nyanyiannya ini.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 33 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Suara dia dah matang , dah lain.. suara dah pecah,dulu lain, tapi tetap sedap.. Pergh macho la suara amad sekarang.. “
” Seronok tengok dia dah mula selesa dengan suara dia. Go go go Amad.. lain dah suara dia,dah matang.. “
” Macam nak suara mamat exist.. cer nyanyi lagu exist satu.. jarang amad bw lagu cam ni… best giler.. “
” Sentiasa suport amad… moga yg baik2 untuk amad…Terubat rindu amad nyanyi.. manis senyuman dia.. “
” Wowww suara matang amad love teruk.. Semakin dewasa suara akan berubah itu lumrah..!! Makin sedap.. Alhamdulillah.. “
” Alaaa, kejap je besor doh amad.. dlm masa setahun je berbeza terus.. lain suara mad bgus mntap.. setiap kali amat nyanyi pasti sampai ke hati.. “
” Subhanallah sedap suara.. Sedap je suara dia walaupun dah berbeza.. mantap Amad.. telan kaset ka apa sdap suara.. “

Walaupun suara Amad sudah berubah, namun tetap merdu nyanyiannya. Suara yang bakal mewarnai dunia seni tanah air. Semoga Amad terus maju jaya, berjaya dalam pelajarannya dan dapat mencapai cita-cita serta impian hidup yang diidam-idamkan.
Tonton video di bawah :
@_norules88 Romantis by @AMADDAIYAN💫 Terubat gundah di hati dapat tengok nyanyian Amad😌🤍 @Eureka Buskers @🐉EpulPantera🐉 #amad #amaddaiyan #romantis#buskersmalaysia #fyp
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok norules
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

