Artis / Selebriti
” Suara Amad dah pecah dan makin sedap. Suara Thalita pun makin best.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Thalita dan Amad Dayyan berduet menyanyi lagu Ara Johari, Menjaga Jodoh Orang Lain buat ramai tersentuh. Sedapnya paduan suara Amad dan Thalita. Menyanyi dengan hati, penghayatan tu sampai. Walaupun suara Amad dah pecah, tapi tetap merdu..
Hubungan baik anak-anak Shuib Sepahtu dan Siti Sairah Taruddin iaitu Thalita dan Amad Dayyan diketahui umum. Sebelum menyertai program Talk To My Manager (TTMM) lagi mereka sudah rapat dan selepas tamat sahaja program TTMM, banyak tawaran untuk dua anak muda ini menyanyi bersama.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Theotherqueenf, telah dikongsikan satu video terbaru nyanyian daripada Amad dan Thalita di sebuah majlis. Lagu Menjaga Jodoh Orang Lain nyanyian asal Ara Johari menjadi lagu pilihan mereka dan lagu ini sudah banyak kali diperdengarkan kepada umum sebelum ini.
Suara Amad tidak lagi sama dengan suaranya sebelum ini. Amad yang semakin mendewasa sudah pecah suaranya dan kedengaran sedikit kasar. Namun Amad sangat bijak mengawal suara dan lenggok nyanyiannya masih tetap sama seperti dahulu.

Ramai yang suka melihat telatah Thalita dan Amad di atas pentas. Masing-masing menyanyi dengan penuh perasaan dan penghayatan. Memetik komen warganet, pasangan ini menyanyi dengan hati sehinggakan ramai yang tersentuh mendengar persembahan tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@theotherqueenf Replying to @Noraspalela Vitamin untuk semua 🤭 @⚗️AMAD⚗️ @tatatintun #tatamad #tatamadforever💞 #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dak lanie kenapa aku yang senyum sorang sorang tengok Amad dengan Thalita.. comel overload both of them.. dua dua nyanyi dengan hati, touching betul.. “
” Tengok diorang nie macam da matang.. tak macam budak-budak.. amad nampak mature sangat.. korang ni nyanyi pakai hati lah. sebak pulak dengar.. “
” Suara Amad makin matang… low note dia sedap gila. Suara Thalita pun makin best.. eyy suka sangat tengok diorang ni berduet.. sesuai sangat.. “
” Dalam Amad ada tokti.. best sangat duet amad thalita ni, good chemistry.. Ya Allahh tersengih2 kita nengoknyaaa, tq share video nii, clear sgt.. “
” Terbaiklah, terpadu suara kedua-duanya.. love sangat dekta dengan Amad.. suara dorang memang best, boleh jadi pasangan duet hebat ni.. “
” Suara Amad dah pecah dan makin best. Pandai Amad control suara dan lenggok dia tu.. Thalita pulak makin hari makin bagus, sebijik siti sarah.. “
” Seronoknya tengok duet Amad dan Thalita ni. dorang ada chemistry yang bagus, tambah pula suara dua-dua merdu.. ish tak boleh move on ulang-ulang terus tengok video ni.. “
Baik Amad mahu pun Thalita semakin mantap kawalan suara mereka. Kedua-duanya ada keistimewaan dan kekuatan tersendiri yang menguatkan lagi chemistry antara mereka. Semoga suatu hari nanti bakal ada lagu duet baru Amad dan Thalita.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok theotherqueenf
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hang kerah anak tu bekerja sampai setengah mampuih. Memang lah pak dia ambik balik.. ” – Komen Netizen

