Artis / Selebriti
” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
Video anak Dato’ Awie, Putra Ahmad Merrah menyanyikan lagu Dato’ Jamal Abdillah, Kekasih Awal Dan Akhir raih pujian ramai. Wah lunak sungguh suara Merrah, sebijik macam tone suara Dato’ Awie. Part Merrah tiru suara Dato’ Jamal tu kelakar. Nakal betul Merrah ni, hehe..
Putra Ahmad Merrah merupakan anak lelaki kepada Raja Rock negara, Dato’ Awie. Merrah yang semakin meningkat usianya ini dikurniakan bakat menyanyi dan suara yang merdu. Setiap kali Merrah menyanyi pasti akan meraih pujian daripada warganet kerana suaranya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ahmad Merrahh, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Merrah di majlis sambutan hari lahir Umairah yang ke 15 tahun dan pelancaran Umaizing FC. Merrah antara jemputan yang dijemput khas ke majlis Umairah ini.
Tidak hanya sebagai tetamu, Merrah turut menghiburkan tetamu lain yang hadir ke majlis itu dengan persembahan yang hebat dan mantap. Merrah yang berkesempatan dan berpeluang berduet bersama biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut menyanyi secara solo.

Jika selalunya Merrah menyanyi lagu ayahnya sendiri, kali ini Merrah membawakan lagu Raja Pop, Dato’ Jamal berjudul Kekasih Awal Dan Akhir. Kelunakan suara Merrah menyanyikan lagu tersebut memukau tetamu dan warganet yang menonton video ini.
Jom tonton video di bawah :
@ahmadmerrahh kekasih lambat dan awal
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Muka sama Awie masa zaman muda.. sedap wei merrah nyanyi lagu ni. versi dan lenggok dia sendiri.. “
” Zaki dok pandang ja tu .nyanyi lagu ayah aku pulak merah ni haha.. merrah tone awie betul. Perangai pun lebih kurang Awie eh.. “
” Mantap betul wey.. dah lah handsome.. suara sedap.. ada suara Awie mix suara sendiri.. merah ada aura tersendiri.. “
” Wah kena sambung legacy ayah ni merah.. sebiji macam ayahnya, terbaik lah merah. sedap sangat suara.. nyanyi lagu orang lain pun best.. “
” Mantap merah, steady lah. manisnya riak wajah merah ni, muka sweet sangat pemurah senyuman. tak pernah serious, ada je kelakar dia.. “
” Suara mantap, padu lah merah. ini suara daddy Awie masa muda.. lepas belajar teruskan bakat awak.. betullah kalau anak boleh menyanyi suara akan ada tone bapa mcm anak Dato Jamal, anak Arwah saleem.. “
” Lawak lah merah ni, dan lah dia meniru suara dato jamal.. camni lah bunyinya kalau dato awie nyanyi lagu dato jamal hehe.. “
Walaupun sempat buat kelakar, suara Merrah tetap maintain menyanyi. Tidak hanya lagu ayah sendiri, menyanyi lagu orang lain pun terbukti suara Merrah memang sedap dan merdu. Semoga Merrah akan menjadi pelapis untuk legasi Dato’ Awie dan berjaya menjadi penyanyi yang hebat suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ahmadmerrahh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen

