Artis / Selebriti
” Saya tiga, Erra pun sama.. ” – Dato’ Awie
Video Dato’ Awie mengusik Erra Fazira di Konsert Reunion Sembilu buat penonton terhibur. Amboi Awie, macam tu je kenakan Erra eh. Berdekah semua ketawa part mendirikan masjid tu. Nakal sungguh Awie ni, hehe..
Konsert Reunion Sembilu telah pun berlangsung malam tadi dan ribuan penonton memenuhi Axiata Arena, Kuala Lumpur untuk menyaksikan penyatuan 3 bintang ikonik ini di atas satu pentas. Konsert ini banyak mengimbau kenangan mengenai kisah Erra dan Dato’ Awie.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM dan Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Awie menyakat Erra sebelum menyanyikan lagu Ratuku. Bagi yang mengikuti kisah pasangan ini dahulu, pastinya tahu, lagu ini dicipta khas untuk Erra.
Dato’ Awie mengundang ketawa penonton apabila mengata Erra secara terbuka. Kata Dato’ Awie, dia dan Erra seimbang kerana tidak hanya dia yang pernah 3 kali mendirikan rumahtangga, tetapi Erra juga sama. Riuh rendah Axiata dengan ketawa penonton setelah mendengar kata-kata Dato’ Awie itu.

Kata Dato’ Awie lagi, orang lain hanya mendirikan masjid sekali tetapi dia dan Erra lebih daripada itu. Dato’ Awie turut memuji suami Erra iaitu Ezwan Zain sebagai seorang yang baik. Kagum warganet dengan persahabatan Erra dan Dato’ Awie dan ianya satu contoh yang baik untuk semua.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha lucu la Dato’ Awie ni. kaw kaw menyakat Erra eh.. sporing he masing-masing.. Mmb flashback kaw2 .. sangt random .. haha.. “
” Lawak lah Tok Wie ni, berdekah semua. bina masjid banyak eh haha.. depa ni ditakdirkan bersahabat macam kajol dengan SRK.. “
” Klau dulu fenomena Awie-Erra ni amat luar biasa. Masa diorg tak jadi kahwin mcm2 cerita keluar. Kini lepas 32 tahun, masing2 dh move on & kenangan lalu tu mcm kelakar pula rasa.. “
” Dia keluar je mesti buat lawak letih lah gelak tp suara semua power husin & wati ni di atas pentas x bosan tengok the best trio concert.. “
” Aduh luculaa Dato awie, tapi zmn Awie n Erra dulu mmg femes sgt . Tapi kagum skrg mrk still jd sahabat yg baik.. Semalam dato awie nyanyi lagu Ratuku, masa sebut Ratuku, dia tukar Ratu Dia… hahaha pastu tunjuk Mr E.. “
” Awie ni kuat membahan, sbb tu dia x kisah anak sendiri menbahan dia sbb perangai tu turun dari dia jugak haha.. sempat lagi membahan sama-sama kahwin 3 x tu tak tahannya.. “
” Macam tu dorang bahan membahan.. sepentas ex fiance fiancee haha.. Fair and square tu paling win.. kelakar lah.. Udoh dia buat peghangai dak Usin dia dah ahahahaha.. “
Dato’ Awie memang seorang yang kelakar dan suka mengusik Erra. Kedua-duanya sangat profesional kerana terus bersahabat baik walaupun pernah melalui kenangan pahit suatu masa dahulu. Yang penting, bak kata Dato’ Awie, mereka berdua fair and square kerana masing-masing seri, 3 kali ‘membina masjid’.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

