Connect with us

Artis / Selebriti

” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ezwan Zain mengadu pada Datuk Prof Dr Muhaya mengenai Erra Fazira buat ramai terhibur. Alahai, jujur sungguh pengakuan Ezwan tu, tersengih Erra dengar, haha..

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad. Beliau tidak hanya seorang pakar mata tetapi juga banyak memberi motivasi dari segi aspek rohani dan perubahan diri kepada orang ramai. Gabungan ini menjadikan Prof Muhaya sebagai inspirasi kepada semua.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Prof Muhaya tampil sebagai tetamu dalam podcast Kasi Onz Channel yang dipengacarakan oleh pasangan sensasi, Erra Fazira dan Ezwan Zain.

Topik perbincangan pada episod ini berjudul Isteri Di Mata Suami. Banyak yang diulas oleh Prof Muhaya untuk memberi ilmu baru kepada pasangan suami isteri dalam memahami pasangan masing-masing. Menerusi perkongsian ini, Prof Muhaya bercerita mengenai merajuk seorang isteri.

Lumrah wanita mahu dimanjakan dan diberikan perhatian oleh suami. Cara paling mudah sekiranya isteri merajuk hanya dengan melalui pelukan untuk meredakan emosinya. Gelagat Erra memberikan respon kepada kenyataan Prof Muhaya ini mencuit hati warganet. Ezwan pula secara jujur mengakui antara dirinya dan Erra, dia yang paling kuat merajuk, namun Erra langsung tidak memujuknya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Laju je Erra setuju hahaha.. Plot twist betul, rupanya Mr E yang kuat merajuk haha.. jujur betul mr e ni.. “

” Suami Sy mmg kuat pujuk, sampai Sy btl2 ok baru dia stop pujuk. masalahnya benda sama dia dok buat gak lepas tu. sakit hati brulang-ulang.. “

” Saya isteri tp kalau tgh merajuk n marah, tlg jgn sentuh langsung…saya rasa semak semua apatah lg peluk,biarkan saya sejuk sendiri.. “

” Ketawa Erra betul betul ikhlas bila Mr E kata dia selalu merajuk tapi takde siapa nak pujuk haha.. ngada eh dia, nak mintak erra peluk la tu haha.. “

” Kita merajuk, suami dah pujuk tapi kita makin mengada nak merajuk tapi tu laa… gaduh/merajuk ngan husband X lama pun.. husband slalu ingatkan sy, X barakah rumahtangga kalau suamk isteri bergaduh/merajuk Xbertegur sapa.. elehhh padahal dia yg buat kita naik angin.. “

” Baby boy pun kena peluk jugak hehe.. nak jugak mengadu ekk, bak kata kak Erra, cite repeat haha.. Mr E suka ekk, menyempat mengadu.. lepas ni mrs selalu peluk mr e bila merajuk.. “

” Adoooi…. Mr E, bagi great huge hint kpd istri nya tu haha.. Time ni le dia buat muke dgn ayat kesian dia..adeh.. “

Sempat Ezwan mengadu pada Prof Muhaya kerana rajuknya tidak dilayan oleh Erra. Kelakar sungguh ada encik suami yang suka merajuk seperti Ezwan. Maklum lah, dia lah ‘baby boy’ Erra apabila berada di rumah. Apa-apa pun, semoga Erra dan Ezwan berbahagia selalu sampai ke akhir hayat.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kasionzchannel, Tiktok Kasionzchannel , Youtube Channel Kasi Onz 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak