Connect with us

Artis / Selebriti

” Persahabatan kita bukanlah sebentar saja, tapi lebih.. ” – Fazura

Nur Fazura titip ucapan istimewa sempena hari lahir Que Haidar buat peminat teruja. Alahai, sweetnya kata-kata Faz untuk Abang Que dia. Rupa-rupanya dah lama..

Selebriti, Fazura mencuri perhatian warga maya apabila memuatnaik ucapan hari lahir buat pelakon Que Haidar menerusi akaun Instagram miliknya. Hantaran tersebut menerima perhatian ramai apabila meraih lebih 33,000 tanda suka serta pelbagai komen daripada peminat yang turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Que.

Menerusi hantaran tersebut, Faz mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Que atau Tengku Iskhan Shah, sambil mengenang ikatan persahabatan mereka yang telah terjalin lebih 20 tahun. Menurut Faz, mereka kembali dipertemukan selepas 16 tahun dalam fasa kehidupan yang jauh berbeza.

Dalam ucapan yang panjang dan penuh penghargaan itu, Faz turut mendoakan agar Que sentiasa berada dalam lindungan, petunjuk dan rahmat Allah SWT serta terus istiqamah dalam menjalani kehidupan dan ibadah.
Faz juga menyifatkan usia 47 tahun yang diraikan oleh Que sebagai satu perjalanan yang cukup istimewa, penuh dengan suka dan duka.

Selain mendoakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, rezeki yang melimpah dan kebahagiaan yang berkekalan, Faz turut menzahirkan penghargaan terhadap sifat Que yang sentiasa prihatin, sabar dan berusaha membuatnya tersenyum dalam apa jua keadaan.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ramai juga yang tersentuh dengan keakraban dan penghargaan yang dizahirkan Faz terhadap sahabat lamanya itu. Antara komen-komen yang diberikan adalah :

” Semoga jadi… auchhh.. jarang yee faz nak post benda gini.. tiba tiba saya tak pandai baca.. tapi happy birthday bang Q , btw birthday saya bulan 10… “

” MasyaAllah Tabaraqallah. Sebagai peminat Faz dari dulu, mereka yang teristimewa di hatinya, pasti ada ruang Ucapan Hari Lahir yang istimewa di page IG ni.. “

” Happy birthday 47 no 7 tu adalh no faz suka Alhamdulillah suka dgn ayat2 susunan faz begitu indah sekali .. Sweet nya ucapan birthday ni… Semoga Allah memberi yg terbaik utk you both. Amin.. “

” Begitulah Faz yang sangat penyayang pada orang yang baik disekelilingnya. Happy Birthday abang que, apapun Allah permudah segala urusan aamiin the_haidars missfazura happy ii yee.. “

” Happy birthday the_haidars . Semoga yang baik-baik saja kepada keduanya. Aminnn. Klu pompuan effort taip karangan pjg2 camni , kau menang bang.. “

” Happiest birthday the_haidars  ..moga bahagia both of you.. Semoga sentiasa dalam redha Allah. Terima kasih kerana membahagiakan dan menyerikan hidup kesayangan kami missfazura.. ” 

” Happy birthday the_haidars  Semoga dipanjangkan umur yang berkat, diberi kesihatan yang baik, bahagia di samping yang tersayang dan berjaya di dunia dan akhirat.. ” 

Ucapan berkenaan bukan sahaja memperlihatkan nilai persahabatan yang utuh merentasi masa, malah menggambarkan penghormatan dan doa yang tulus antara dua insan yang telah lama mengenali antara satu sama lain. Selamat hari lahir buat Que.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak