Connect with us

Artis / Selebriti

” Muka main peranan ye Ara. Gitu je dia cuit mummy dia, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah dan anaknya, Ara duet miming lagu Veronika Bluetooth buat ramai terhibur. Amboi Ara, pandai betul miming, tak nak kalah dengan Mummy. Mimik muka dengan mulut tu comel sangat..

Meninjau di akaun Instagram milik Bella Astillah, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan gelagat Bella bersama anak perempuan tersayang, Ara Adreanna. Menerusi video tersebut, Bella dan Ara dilihat sedang membuat video miming lagu yang sedang tular berjudul Veronika Bluetooth ketika berada di dalam kereta.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat Ara yang begitu bersahaja dan penuh keyakinan ketika miming lagu tersebut. Setiap lirik yang diungkapkan menerusi gerak bibirnya kelihatan tepat dan seolah-olah Ara benar-benar menghayati lagu tersebut.

Bukan itu sahaja, Ara turut menunjukkan pelbagai ekspresi wajah yang comel dan mencuit hati. Sesekali, dia dilihat menyakat ibunya ketika merakam video berkenaan dan ianya turut menjadikan suasana lebih ceria dan menghiburkan bagi yang  menonton video ini.

Keakraban antara Bella dan Ara menerusi video tersebut turut membuatkan ramai teruja melihat telatah dua beranak ini. Gelagat spontan Ara yang spontan dan bersahaja membuatkan ramai tidak jemu menonton video yang dikongsikan itu berulang kali.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Muka main peranan ye Ara. Gituh je dia cuit mummy dia, hehe.. Geram betul lah dua beranak ni.. Haahahaa.. “

” Weghhh Ara boleh hafal hahaha. Aku sendiri pun tak hapal2 hahahahha.. Lagu ni pula kemain lagi susah lirik nk igt.. “

” Eeiiii… Sama naik mom & daughter ni… Gerammm titew taww… Besar dah araaa, sudah pandai membawang veronica.. “

” Gerammm btol dgn si kenitt tuu ekkk.. Rasa nak cubitt pipi diaa.. Amboiiii ada gaya, telan lirik…. Ada talent.. “

” MasyaAllah, bijak, cerdik, cergas, gifted and talented Mini Bella ni. Alhamdulillah.. Comel betul lah si Ara ni.. “

” Bright Child Bella had. Boleh hafal sungguh dia.. Kenapa adik beradik ni cute sangat.. tempoyot cerdik nyaaa gerammlah aunty tengok.. “

” Araaaaaa… Auntie ulang byk kali tauuu.. Cute giler lah dah macam adik dengan kakak.. Ara tu eee pandai betul dia.. “

Bukan itu sahaja, warganet juga memuji bakat semula jadi yang dimiliki Ara dan berpendapat dia mewarisi minat serta bakat seni daripada ibunya yang terkenal dalam bidang nyanyian. Selain itu, ada yang tidak ketinggalan memuji kecomelan Ara yang semakin menyerlah dan berjaya mencuri hati para peminat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bellaastillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak