Connect with us

Artis / Selebriti

” Saddiq tak boleh cakap, aku boleh cakap kan.. ” – Spacedollah

Video kata-kata abang YB Syed Saddiq, Spacedollah selepas mahkamah membebaskan YB Saddiq buat ramai teruja. Wah, abang YB dah pecah tembelang dulu. Tak sabar, hehe..

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pendakwaan sekali gus membebaskan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.

Setelah bebas daripada tuduhan, sudah semestinya ramai yang ingin mengetahui berita gembira seterusnya iaitu pernikahan YB Saddiq dengan tunang kesayangannya, Bella Astillah. Bagi menghormati lokasi di mahkamah, YB Saddiq tidak mengulas lebih detail mengenai isu ini.

Apa yang menarik perhatian adalah, abang ke YB Saddiq iaitu Syed Abdullah yang lebih dikenali dengan panggilan Spacedollah mengatakan sesuatu kepada pihak wartawan yang berada di mahkamah. Perkongsian video ini telah dimuatnaik di akaun milik Sinar Harian.

Spacedollah dengan nada berseloroh mengatakan yang adiknya tidak boleh bercakap lanjut mengenai isu ini, namun dia boleh bercakap mengenainya. Sambung Spacedollah lagi ‘nasi minyak is coming soon‘ dengan nada gembira. Ini adalah hint daripada Spacedollah yang majlis perkahwinan adiknya dengan Bella akan diadakan dalam masa terdekat.

Tonton video di bawah :

Perkongsian video ini membuatkan ramai yang teruja untuk menyaksikan YB Saddiq dan Bella disatukan. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :

” Cute betul abang nya hahahhahahhah.. ak sabar nk makan nasi minyak.. In Shaa Allah… Ogos tahun ni ya.. “

” Comel bang dollah.. Berita gembira buat ayden dan ara.. alhamdulillah.. Okay.. tu je yg kami ak tau…. Thanks.. “

” Betol2 diraikan kehadirannya.. Alhamdulillah. Jangan lupa jemput majlis perkahwinan mu dengan Bella.. “

” Abang dia pecah tembelang dulu.. Jap lagi kena sekeh ngan adik.. Tingginya abg dia.. Presiden paling function.. “

Tiada apa yang dapat menggembirakan seorang abang melainkan dapat melihat adiknya hidup bahagia. Setelah banyak cabaran daan dugaan yang berlaku dalam hidup YB Saddiq, kini beliau boleh menarik lafas lega dan memikirkan masa depannya bersama insan tersayang pula.

Nampaknya Spacedollah telah memberi bayangan yang majlis perkahwinan pasangan yang dinanti-nantikan ini akan diadakan dalam masa terdekat. Sama-sama kita mendoakan semoga urusan YB Saddiq dan Bella untuk mendirikan rumahtangga akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan, IG Team BASS Offiicial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak