Artis / Selebriti
” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
Video respon Bella Astillah setelah keputusan rayuan kes tunangnya, YB Syed Saddiq ditangguhkan raih perhatian ramai. Touching dengar setiap apa yang dikatakan oleh Bella tu..
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, dilihat hadir di Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi tadi bagi memberikan sokongan kepada tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kehadiran Bella yang mengenakan baju kurung berwarna kuning turut ditemani beberapa ahli keluarganya.
Bagaimanapun, prosiding rayuan yang dijadualkan berlangsung pada hari ini terpaksa ditangguhkan ke 13 Julai selepas Mahkamah Persekutuan memaklumkan bahawa salah seorang hakim yang mengendalikan kes berkenaan sedang bercuti sakit.
Penangguhan tersebut turut menyebabkan keputusan yang dinantikan ramai belum dapat diumumkan seperti yang dijadualkan. Meninjau di akaun Instagram milik Astro Gempak, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Bella ditemubual oleh wartawan sejurus selepas dimaklumkan mengenai penangguhan tersebut

Menerusui temubual itu, Bella meluahkan harapan agar Syed Saddiq terus kuat dan tabah menghadapi ujian yang sedang dilaluinya. Tambah Bella lagi, dia akan sentiasa berada di sisi Syed Saddiq dalam apa jua keadaan sebagai tanda sokongan yang tidak pernah berbelah bahagi.
Tonton video di bawah ini :
@teambassofficial Alhamdulillah, Bella dan keluarganya telah tiba di mahkamah pagi ini untuk memberikan sokongan kepada YB Syed Saddiq. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan pada pagi ini, mengurniakan ketenangan, kekuatan dan sebaik-baik keputusan. Aamiin. #1hari1doa #bass #teambassofficial #bellaastillahsyedsaddiq #beranikeranabenar
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kenapaaa ek mesti tangguh lagi.. Org tuh byk perancangan. Kita mudahkan urusan org, Allah mudahkan urusan kita. Allah sebaik baik perancang, Allah maha tau segalanya.. “
” Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Semoga dpermudahkn segala urusan YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Alsagof dan di berikn kemenangan yg mutlak Aamiin.. “
” Kecewa nya tgk bila kes di tangguhkan keputusan rayuan dia.. Apa pun ramai2 kita doakan semoga urusan yb syed saddiq dan bella di mudahkan.. “
” Bella nie mcm mcm dugaan die lalui utk dapatkan bahagia.. Moga dipermudahkan urusan yb dgn bella . Org yg sabar niee selalunyaa akan dapat manis manis penghujungnya.. “
” Allah Sayang bella & YB SS.. sbb ada dugaan Dan cabaran.. Percaya lh ada hikmah disebaliknya… Aamín… “
” Yaa Allah berikan ketabahan buat semua family sye saddiq.. Angkat lah masalah semua nya. ALLAH BERSAMA MU SYED SADDIQ.. “
” Takpe Bella & SS… Anggap ini 1 dugaan & perjuangan.. Jika 1 ari nnt hubungan kalian diuji… Sentiasalah ingat kalian pernah mgharung dugaan hebat ini bersama… “
Kenyataan itu menyentuh hati ramai apabila Bella menegaskan bahawa dia akan terus memberikan semangat dan kekuatan kepada tunangnya sepanjang proses perundangan tersebut. Perkongsian video itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang mendoakan agar segala urusan pasangan berkenaan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak, Protal Oh Bulan, Kosmo Digital
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nombor 1 macam Haris. Nombor 2 sebijik muka Neelofa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya

