Artis / Selebriti
” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
Video respon ibu YB Syed Saddiq dan anak Bella Astillah, Ayden Adrean ketika YB Saddiq buat kejutan cakap nak bawa ke Sydney raih perhatian ramai. Comelnya respon Mama YB, rela tinggal Abuya. Ayden pun happy, touching part Ayden peluk Daddy Saddiq..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram YB Syed Saddiq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Saddiq memberikan kejutan kepada Mama dan Abuyanya. Niat asalnya ingin suprisekan kedua ibu bapanya itu, tetapi lain pula jadinya selepas itu.
Abuya berada di hospital dan baru sahaja selesai menjalani pembedahan “Cornea transplant”. YB Saddiq membawa satu berita gembira untuk Mama dan Abuya. Kehadiran YB Saddiq ke sana tidak dengan tangan kosong kerana beberapa beg Kitsui turut dibawa bersama.
Kata YB Saddiq, hajatnya ingin membawa Mama dan Abuya bersama ke Sydney Marathon, namun doktor yang merawat Abuya mengatakan yang ayahnya tidak boleh travel dalam masa terdekat kerana kondisi matanya yang masih belum sembuh sepenuhnya.

Gelagat mama YB Saddiq yang laju menjawab ingin mengikut YB Saddiq ke Sydney mencuit hati. Selepas itu, dipaparkan pula perbualan YB Saddiq dan Ayden. Anak kecil ini cukup teruja apabila YB Saddiq memberitahu Bella mengizinkan Ayden mengikutinya ke Sydney. Sayangnya Ayden pada YB Saddiq, erat pelukannya itu.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Comel lah Mama, laju je cakap Mama boleh haha.. sori Abuyah, kena tinggal kali ni haha.. seronok Ayden dapat ikut daddy. daddy jangan bagi ayden pakai baju tidur lagi kali ni ye haha.. “
” So good to know & All the best to YBSS.. can see mama & Ayden face very happy and super excited however , not impossible while they re still in Sydney .. suddenly Bella is going too .. surprise.. Hehe.. “
” Hahah comelnya mama “TAK APEEE”.. Laju je jawab. Tak teragak-agak langsung mama ni haha. suka lah tengok mama ni.. sydney punya pasal.. “
” Iron man bring iron kid together.. Yeah.. Japp2…I nak ulang2 part mama kata TAKKPEEE !! TUU Dan part ayden pelokkk ybb the end tuu..awww melting.. “
” SS : Eh nak tinggalkan suami!? Mama : Tak apaaaa.. Hahahahaha I cannot laaa Mama kelakar.. Mama punya reactions memang buat dekah ketawa.. happy Ayden dpt ikut daddy ke Sydney.. “
” Wowww Ayden pun join yb.. Mama laju je “i can goo… Abuyah takpee”.. Laju mama throw abuyah under the sydney bus haha.. “
” Haha mama, takpe.. laju eh mama.. She didn’t hesitate ahahaha aduii.. mama can go.. Saw this repeatedly 4x . Feel good sangat watching them.. “

Tak sabar warganet hendak melihat YB Saddiq beraksi di Sydney nanti. Yang penting, Mama dan Ayden akan menjadi pembakar semangat YB Saddiq untuk sampai ke garisan penamat. Semoga segala urusan YB Saddiq untuk Sydney Marathon dipermudahkan.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Syed Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nombor 1 macam Haris. Nombor 2 sebijik muka Neelofa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya

