Artis / Selebriti
” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
Video persembahan kumpulan Pulze di pentas semi final Big Stage Rocketfuel menyanyikan lagu Monalisa buat warganet terhibur. Wah bila lagu Monalisa didangdutkan, memang gempak jadinya. Part Hussain dan Nazmie gelek tu paling tak tahan. Kelakar semua, haha..
Ramai yang ternanti-nantikan segmen battle berkumpulan Big Stage Rocketfuel terutamanya peminat kumpulan Pulze. Kumpulan ini yang dianggotai oleh Hussain Jamilul Hayat, Qilo, Danial Kifli, Adam dan Nazmie yang sememangnya sekepala dan masuk air.
Pulze mendapat tugasan membawakan lagu popular kumpulan Alpha berjudul Monalisa. Tugasan minggu suku akhir, Pulze tewas di tangan kumpulan Beatz dengan keputusan 4-0. Minggu separuh akhir ini, Pulze menebus kembali kekalahan mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Pulze menghiburkan semua penonton di MBSA dengan lagu Monalisa versi dangdut. Siapa sangka lagu ini akan didangdutkan oleh mereka dengan cara yang tersendiri.

Elemen lucu tetap diserapkan dalam persembahan Pulza dan ianya menghiburkan para penonton. Gelagat Hussain yang agak keras bergelek dangdut bersama rakan-rakannya ini menggeletek hati ramai. Satu persembahan yang hebat daripada Pulze dan hasil usaha mereka berhasil.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Hussain punya bang bang mcm ada dendam tak settle tu hahaha.. Boleh buat kumpulan baru nie semua mantap habis.. Yg gelek tu terbahak tengok. Penat ar grup ni.. “
” Mengucap pak hayat tgk hussein bergelek haha.. Part gelek tu sorry kita tak tahan gelak.. kelakar lah Hussain.. group ni semua pak lawak la.. gelek Husain menekan-nekan haha Nazmi pro gelek abis mcm penari gelek.. “
” Bila semua dah sekepala ni lah jadinya… monalisa didangdutkan haha.. alphaofficialmy , dorang dangdut kan monalisa… brilliant idea, bravo lah Pulze.. “
” Menyala Monadangdutlisa . ending idea siapa lah.. Kemain la diorg ni.. Byk idea.. Best2 pulak tu.. Mmg ngam diorg ni.. Hepi go Lucky… Tp mmg Hussain dgn cra dia.. Love.. “
” Terhibur tgok pulze Monalisa di dangdut kan.. Hussain sis suka tgok.. Hussain buat apa tu.. kompem idea bergelek tu dari Nazmie.. Keras betul hussain gelek hahaha..comel semua.. “
” Haha tak leh la tengok Ucin bergelek tu haha.. keras ke kayu ke dia tetap usaha kan jugak buat.. Lucu betul Pulze ni. masing-masing perangai masuk air.. “
” Aku lah si Ucn ni haha.. Rosak lagu alpha tuko jadi dangdut.. Manyak best Pulze ini malam ..! Bang bang kami di rumah pun join sekali dangdut nya.. “

Persembahan yang hebat daripada Pulze untuk semua peminat mereka. Rezeki Pulze kerana gelek Monalisa mereka itu akhirnya berjaya mencuri hati juri dan memenangi pusingan battle ini. Tahniah Pulze dan semoga semua yang terpilih ke pentas final akan memberikan yang lebih terbaik.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden

