Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen

Video Hussain Jamilul Hayat menyanyi lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Nak Dara Rindu buat ramai teruja. Fuh, lunak dan merdu sungguh suara Hussain menyanyi lagi ni, membuai rasa.. 

Nama Hussain Jamilul Hayat saban hari mencanak naik dan menjadi sebutan orang ramai. Hussain diminati ramai tidak kerana Hussain bersaudara dengan Dato’ Jamil Abdillah tetapi kerana bakat dan suara emasnya itu. Hussain semakin melebarkan sayapnya dengan penyertaan di Big Stage Rocketfuel.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Bungalawa.art dan pfizers_astrazenex, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Hussain menyanyi sebuah lagu klasik yang berjudul Nak Dara Rindu. Lagu ini merupakan lagu dendangan asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Lagu klasik sebegini tidak semua anak muda mengetahui dan menghafal liriknya. Hussain pula dikurniakan oleh Allah bakat suara yang merdu. Walau lagu apa pun dan genre mana pun apabila dinyanyikan oleh Hussain, pasti akan kedengaran sedap dan tidak jemu didengar.

Kelunakan suara Hussain mendendangkan lagu klasik ini meraih banyak pujian daripada warganet. Hussain pandai mengalunkan dan melenggokkan nada suaranya itu. Memetik komen warganet, suara mendayu-dayu Hussain bergurindam sebegini memang sesuai dengan vokalnya itu.

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Masyaallah merdunya nak.. mendayu2 suara dia.. Aku dok ulang2 tgk ni. x jemu dgr suara kau dik. Suara mahal..Merdu sungguh… Ya Allah …sedapnya suara.. kena dgn lagu ni.. “

” Alahaiiii.. sedap nya suara mu dik.. Lagu lama ni jarang orang muda boleh bawa dengan mendayu-dayu…. Terbaik kamu.. “

” Sedapnye nyanyi lagu klasik.. susah nak cari suara boleh nyanyi lagu2 lama. merdu suaranya.Rasa nk tertidur dgr Hussain nyanyi.. “

” Ni klau bwk lagu nirmala pun merdu ni.. Lunak nya suara.. Suara lemak manis berkrim.. sedap hussain nyanyi bergurindam.. “

” Kombinasi suara Jamal & Anuar Zain. masyallah anugerah Allah sedap sgt suara Hussain jarang anak muda skrg nak nyanyi lagu klasik sedap giler.. “

” Dia ni genre tradisional paling sesuai. Merdunya, tenang hati bila dengar Hussain nyanyi. Inilah dikatakan oleh dato yusry hussain boleh menyanyikan pelbagai genre.. “

” Suara Hussein ni unik,sedap mcm suara ayahnya,setiap lgu yg di bawak lain Dr yg lain…mcm DJA ada tapi tak bnyk, lebih kepada suara ayahnya.. “

Suara emas yang menjadi pujaan ramai. Semoga Hussain akan terus memartabatkan lagu-lagu tradisional dan klasik kerana suara Hussain sememangnya sesuai dengan genre seperti ini. Apa-apa pun, semoga Hussain terus consistent untuk mencapai kejayaan dalam hidup Hussain sebagaimana yang diimpikan.

Tonton video di bawah :

@bungalawa.art

COVER PALING BEST !! ( NO MUSIC) CLEAR VOICE CRISTAL 😚 . sy ad on echo voice je. LIVE HUSSAIN (30/6/26) LAGU : NAK DARA RINDU ( P.RAMLEE) DARI FILEM BUJANG LAPUK (1957) LIRIK SINI YA: Di waktu malam bulan mengambang Sunyi damai, hai, damai sekelilingku Terdengar nan sayu bintang seribu Membujuk rayu kerna merindu Lagu yang dulu Di waktu malam bulan purnama Angin laut meniup-niup tenang Mengatakan sayang, berlagu merdu Bermadah sayu, lemah mendayu Nak dara rindu Tanjung Katung airnya biru Tempat mandi nak dara jelita Sama sekampung, hai, sedang dirindu Ini kan lagi, hai, jauh di mata Tanjung Katung airnya biru Tempat mandi nak dara jelita Sama sekampung, hai, sedang dirindu Ini kan lagi, hai, jauh di mata * tak sempat la nak masukan lirik dlm video 😅 #hussain #cover p.ramlee #lirik

♬ original sound – Fans Art for SAIN 💞 – Fan Arts for SAIN 💞

@pfizers_astrazenex

short cover Nak Dara Rindu P.Ramlee by Hussain #HussainJamilulHayat #TalkToMyManager2026 #TTMM2 #foryoupage #foryou @hussainjamilulhay

♬ original sound – pfizers_astrazenex – pfizers_astrazenex

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok bungalawa.art, TT Prizers_astrazenex

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Tablet

Trending

Copyright © Berita Kopak